Tengok kertas ni. Poyo tak aku?
Saban hari ada orang cerita pasal you, sama ada berperisa pujian, berulam fitnah mahu pun gosip sok-sek sok-sek. Jadi you mungkin sangka I ni pun nak umpat you.
Eishh, mana ada! I tulis ni bukan untuk maki hamun you, betul. Tapi I tak berani sumpah laknat macam Datuk Eskay tu. You takkan tak tau, bila dah famous mestilah ada orang kata pasal you. Lepas tu you bising kata orang dengki, you marah bila orang kata you poyo. Oppss! I tercakap you poyo. Haha! Jangan ambil hati ye.
Tadi I letak tajuk entry ni pasal cadangan kan. Ha, ini I ada cadangan untuk you, nanti boleh you jadi pengarah versatile gitu, ala-ala Nagoya Textile. Kalo you ada baca kat pautan ni, you senang-senang je dapat cop poyo. Pasal dia kata:
"I feel boring with Syamsul Yusof Haslam acting career. Syamsul Yusof Haslam always does same character in his drama. “Rich and macho young guy with hot tampered attitude and angry with no reason”, I wonder his attitude same with his acting in drama?"
Oh, you nak tau cadangan I? I nak you Syamsul Ghau Ghau, eh Syamsul Yusof directlah movie pasal orang yang kena tindas pula. Macam mangsa mat rempit ke, kisah Orang Kelainan Upaya (OKU) kot, tak pun kisah keluarga banduan penjara juga, pasal tahanan politik pun lagi best. Ini bila you dengan spesies you buat filem, mesti martabatkan bohsia dengan mat rempit. You tak kan tak tau, dahlah golongan tu bawa masalah, you senang-senang angkat diorang jadi hero.
You pernah dengar tak pasal perempuan pregnant mati pasal kerja bodoh mat rempit? You pernah dengar tak orang susah hidup terhimpit pasal KL Gangster? Ops, I tersasul pula. I ulang lagi, you pernah dengar tak cerita orang susah hidup terhimpit pasal perbuatan Gangster? Ish, you mesti pernah baca kan. Tak baik tau bohong sunat dengan kita para pembaca akhbar.
You macam tak tau, I macam rakyat Malaysia lain baca kolum you kat Berita Harian dalam ruangan HIP tu. Tulisan you Syamsul, I boleh puji lah you tapi manalah tahu editor punya kerja sampai susunan kata dalam kolum tu jadi kemas. Mungkin you pernah dengar ayat ni: Kebenaran sentiasa berada di pihak yang tertindas. Macam kes di Palestin tu, you mesti tahu punya sape yang kena tindas, baru you tahu siapa yang benar. Pasal you Syamsul boleh bagi sumbangan besar pada masyarakat bila you deliver mesej yang berguna. Tapi I dengar you nak buat sambungan KL Gangster kan? Takpe lah, kita KIV (keep in view) proposal ni. Apa pun, I harap you tak hanyut dengan status box office tu, walaupun dalam kolum Berita Harian tu you tawaduk dan merendah diri. Alhamdulillah, you buat perangai down to earth gitu. Bila merendah diri, barulah dapat banyak ilmu, cuba you tadah ilmu kat Mamat Khalid. Dia tu pengarah cambest juga tau.
Harapan besar ni. Tak tau you baca ke tak tulisan ni, tapi I yakin nanti orang lain juga yang baca. Rasa I ada tertinggal satu lagi cadangan. Aha! You tukar la sikit acting you tu. Asyik pegang watak marah-marah je, kawal macho pula, nanti orang kata you poyo lagi. I tahu you anak six million dollar man, tapi apa salahnya jadi macam one thousand grand salary man (orang bergaji seribu ringgit sebulan). You berlakon jadi watak lain, eh? Jadi OKU ke, mangsa keganasan rumah tangga ke, etc. Barulah you tak poyo. Ahaha! Maaf empat ratus kali maaf! I ni asyik sebut poyo je.
(surat dari bukan peminat filem).
1 comment:
and 2016, akhirnya termasuk panggung dengan hati yang rela 2kali menonton cerita yg sana. karya masterpiece syamsul yusof. filem #Munafik :)
Post a Comment