Banduan penjara yang didapati bersalah atas jenayah dan kesalahan lain, itu tidak kita nafikan mereka patut dihukum. Kali ini saya menyenaraikan beberapa nama yang pernah masuk penjara dan mereka ini bukan penjenayah bahkan berjasa besar lagi pada tanah air mereka dan juga umat manusia.
Syed Qutb : Pengarang kitab Haazad Deen, dan Maalim fit-Tahriq
Nelson Mandela : bekas Presiden Afrika Selatan
Sekali lagi, Malcolm X atau Haji Malik Asy-Syabaz. Beliau diperkenalkan pada Nation of Islam
semasa berada di penjara. Berbeza dengan Syed Qutb dan Nelson Mandela, Haji Malik dimasukkan ke penjara atas kesalahan jenayah. Selepas itu barulah beliau menjadi orang yang hebat.
Buya Hamka, ulama Nusantara yang menulis buku Tafsir Al-Azhar dan novel Tenggelamnya Kapal Van der Wick juga pernah masuk penjara.
Dan tidak lupa juga kepada Nabi Allah Yusuf atas fitnah isteri pembesar (yang dikatakan sebagai Zulaikha) yang sangat berkeinginan kepada Nabi Yusuf. Sungguh, penjara bermakna kebebasan diri tercabut begitu sahaja, dengan siang malam tiada tahu pada dunia luar yang penuh rencam.
Sampai ke hari ini, masih ada orang yang tidak bersalah meringkuk dalam penjara begitu sahaja, dan kebanyakannya adalah tahanan politik atau orang awam yang tidak bersalah dicekup sesuka hati dengan lesen "War On Terror". Bagi kes itu kita namakannya Extraordinary Rendition (klik di sini).
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment