Yes, recent headlines told us about this "Osama" has been killed, and Obama declared (holiday?!) they have been working on it all along, and makind it a huge success story of White House. No one can hide forever from the US Military. Nuff said....Cakap Bahasa Melayu lah....
Ini adalah gambaran dari Jabatan Pertahanan USA yang disiarkan oleh Berita Harian hari ini., 4 Mei 2011. Namun, adakah jika semua maklumat adalah dari White House atau Pentagon, kita kira semua benar? Hei, kita bukan orang bodoh yang hanya membaca kisah gosip dan sogokan media perdana seperti Utusan dan Berita Harian.....
Kita akan senyum sinis membaca betapa tentera Amerika berbangga dengan kematian Osama yang dijumpai tidak bersenjata. Sebagai mana kita tersenyum sinis apabila melihat video patung Saddam Hussein ditumbangkan pasca perang Amerika-Iraq tahun 2003 dahulu. Kita senyum sinis memikirkan betapa agenda Pax Americana dilaksanakan bersungguh-sungguh oleh Amerika ini, hanya beberapa perkara yang betul, dan selebihnya cover story.
Apa pun, kita tidak mungkin tunduk kepada kekuasaan yang tidak sahaja mengikut panduan Allah, bahkan menghina syariat Allah dan umat Rasullullah. Yang paling mengejutkan ialah, kenyataan PM kita, Dato' Seri Najib berkenaan berita kematian Osama bin Laden. Seolah-olah kematian Osama menjadikan dunia lebih aman, dan damai. Menciptakan cop Osama "PENGGANAS NO 1" adalah kata-kata yang tidak bertanggungjawab.
Siapa pengganas utama sebenarnya, yang membawa perang ke negara orang, dan membunuh berjuta manusia sejak kewujudannya? Tanpa belok sana belok sini, pengganas tersebut: Amerika Syarikat. Penglibatannya dalam Perang Sivil Amerika, Perang Dunia Kedua, Perang Vietnam, Perang Teluk, Perang Dingin melebihi mana-mana negara lain.
Maka, berterima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat PM kerana menyampaikan ucapan kurang tepat, yang tidak menggambarkan pendapat seluruh rakyat Malaysia. Obama pula bagaimana? Mungkin mendapat lobi pro-Israel atas berita yang entah benar atau tidak. Begitulah polisi kerajaan sana, mencipta imej musuh untuk mendapatkan sokongan masyarakat.
No comments:
Post a Comment