01 February 2011

KAHERAH dalam berita.

Dalam berita sudah disebut-sebut akan protes besar-besaran di Maidan At-Tahrir di Kaherah, Mesir. Allah, sungguh kebenaran berada di pihak yang ditindas. Mubarak dah terlalu lama mempermainkan rakyat Mesir, hidup selesa atas derita rakyatnya dan persekutuannya dengan Israel. Meneliti headlines dari agensi berita asing memang macam bias.
Tak malukah kerajaan Mesir, bila diceritakan yang polis dan tentera menembak rakyat sendiri? Pasti, cerita itu akan dipadamkan dari sejarah oleh orang zalim begini.
Rakyat Mesir sudah bangkit melawan dan menjatuhkan diktator. Selepas Tunisia, dan Mesir, adakah kita dapat melihat kebangkitan sama di negara kita? Saya tidak meminta kepada revolusi, saya mengharap kepada kesedaran yang timbul dalam jiwa rakyat Malaysia. Kitakan 1 Malaysia, boleh punya.

Atau, orang kita dah jatuh ke lembah kehinaan dek digula-gulakan oleh hiburan idola-idola ini? Cuba "Melodi" buat benda outside the box, cubalah tanya pada para artis perihal krisis di Kaherah? Atau tanyalah Ustaz Amirul TV3 tu. Ah, malunya... nanti jadi rancangan sitkom komedi pula bila buat wawancara tu.

Yeah, menuju puncak bersama-sama di Akademi Fantasia. Fantasize about it, because reality hurts, doesn't it?

No comments: