19 January 2011

KHURAFAT....FILEM Kita lagi....

Baru-baru ni filem hantu terbaru ditayangkan lagi di pawagam. Tajuknya: KHURAFAT, arahan Syamsul Yusof (anak Yusof Haslam). Tiadalah aku melihat filem macam itu, tetapi kawan-kawan aku sudah menceritakan sinopsis pada aku. 


Khurafat adalah satu amalan akidah terpesong yang mengalihkan pergantungan manusia pada Allah, berubah pula kepada pergantungan makhluk kepada makhluk lain. Amalan khurafat mendedahkan kita kepada syirik, yakni menyekutukan ALLAH.





Kita tengok pula firman ALLAH dalam Surah An-Nisa' ayat 48: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNYA (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNYA (menurut aturan syariatnya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar.


Maka percaya pada semangat padi untuk menambah tuaian padi itulah khurafat, mencari penunggu sungai untuk makan muntahan makhluk itu agar kuat macam Badang itulah juga khurafat. Merenjis tepung tawar itu pun dikira juga khurafat.


Begitulah sedikit makna khurafat. Ada pun filem komersial bertajuk Khurafat: Perjanjian Syaitan ini tidak pun dikira memberi pengajaran untuk menjauhi khurafat, kata kawan aku yang menontonnya di pawagam. Jalan cerita hancuss, lakonan tahap gred C, cuma aspek seram sahaja yang boleh dipuji, itu kata kawan akulah. Aku tak nak puji dan aku tak nak kutuk berlebihan. Aku tahu sudah dengan cara orang filem buat filem, malas membaca. Tahunya menanti gosip pasal diri mereka muncul dalam tabloid dan majalah gosip. La, majalah gosip memang cerita pasal gosip, tidak sama sekali bertazkirah pada pembaca untuk menjauhi hiburan yang melalaikan (ada ke?)


Aku risau juga, dalam seram-seram mesti ada elemen agama dalam tu. Nanti orang takut pula nak dekati agama. Filem pasal agama eloklah ada penasihat agama. Jangan jadikan Islam itu berguna untuk halau hantu. Itu bukan filem Islamik, itu filem hantu. Bila berkosmetik Islam, mesti orang biasa macam aku sangka isinya Islam, tapi berapa peratuslah sangat. Nanti jadi salah mesej pula disampaikan pada audiens. Mungkin realiti ustaz tak boleh pegang-pegang wanita bukan mahram, tapi dalam filem boleh lah pula selamba dan bersahaja lah pula.


Sebut lagi pasal khurafat, pernah juga muncul cerita kurang enak pasal artis, pakai susuklah (sekarang Botox), suara buluh perindu pula lah. Sekarang ini pula ada rancangan idola-idola ini, sedangkan idol dalam Bahasa orang Barat sana maksudnya berhala. Aikk? Rancangan memuja berhala ke ni? Cuma medium yang dipuja itu bertukar....dahulu patung batu, la ni orang artis dan penghibur hedonis. Daah, aku nak kata apa lagi...


Akhir sekali, aku mungkin sampaikan benda yang sama juga (yang tak tersampai) macam dalam filem KHURAFAT tu, "Jauhi khurafat, anda mampu melakukannya."


(Adakah ada harapan untuk tengok hasil tangan daripada pengarah filem Melayu yang tak senget pemikirannya? ) 

No comments: