15 December 2010

YES! Jualan Akhir Tahun




Dua gambar pertama di atas saya tunjukkan tentang promosi besar-besaran YES (Year End Sale) Malaysia 2010. Banyak betul dengar pasal harga runtuh, lagi-lagi mahu dekat dengan perayaan Thanksgiving nanti (Krismas).
Meskipun sudah rasmi kenaikan 4 dalam 1, kita pastinya terlupa sementara dek penangan harga runtuh dan stock clearance.Saya tidak ada kuasa untuk menentukan apa yang anda hendak buat dengan wang anda. 

Wang anda adalah pilihan anda untuk membelanjakannya. Cuma saya harapkan biarlah pembelian yang berbaloi, seperti peralatan sekolah untuk anak-anak, belian buku rujukan, dan yang utamanya belanja untuk pendidikan agama Islam dan penerapannya pada kita semua. Bertimbunlah macam mana pun buku-buku teks, jika tiada Quran untuk anak-anak apalah gunanya.

Mungkin kutipan derma untuk saudara kita di Palestin dan Kashmir dan mangsa banjir di utara Semenanjung juga boleh diadakan bersama kehangatan YES ini. Tidak usah mengata mereka membazir itu ini, baik kita buka peluang untuk mereka beramal dan melakukan  kebaikan. Bukannya memaksa pun.

Akhir sekali, sengaja saya letak gambar Masjid Biru di Turki ini. Ya, jika YES pun YES juga, katakan "YES" untuk setia mengunjungi masjid dan musolla di sekitar tempat kita. Buat pengetahuan para pembaca, birunya pada Masjid Biru ini terletak di bahagian dalam masjid. Insya-Allah, kita boleh pasang niat dapat pergi ke sana nanti, mencari sisa kegemilangan Khilfah Uthmaniyah di sana. Ameen.

1 comment:

masturaa said...

bestnyer g turkey...wish it will come true...one of my desire destination to visit...