31 December 2010

Fragmen kata-kata...SEmpENA Tahun baru Masihi

oleh Azizul Shaharudin.
Ya, saya di sini...menaip beberapa kata sempena tahun baru 2011. Terlalu skeptikal dengan perjalanan masa dan keadaan hidup zaman ini akan menjerumuskan diri menjadi nihilis. Orang nihilis ini memandang hidup ini takde makna, value of nothingness. Namun obsesi dengan suasana, akan membawa kepada masalah lain pula, juga meresahkan jiwa.

Saya membelek beberapa petikan daripada beberapa buah buku, saya sertakan nama penulis dan tajuk buku (atau artikel atau kata-kata) mereka.



"La ilaaha illallah adalah revolusi terhadap kekuasaan (makhluk) bumi yang telah merampas hak-hak ketuhanan yang paling utama; revolusi terhadap situasi yang disebabkan perampasan tersebut; dan upaya keluar dari kekuasaan -kekuasaan yang  yang mengatur manusia dengan hukum yang tidak dikehendaki Allah." -Sayyid Quthb, dalam Ma'alim fit Thariq.

"Agama ini (Islam) adalah suatu panduan yang Allah gariskan untuk kehidupan manusia. Agama ini terlaksana di dalam kehidupan manusia melalui usaha manusia sendiri, menurut kemahuan manusia dan realiti hidup manusia. Agama ini akan bermula daripada titik di mana manusia menerima tugas-tugas mereka seterusnya memimpin mereka menuju penghujung jalan dengan menggunakan segala kemampuan semulajadi manusia yang ada dengan bergantung kepada sejauhmana usaha yang mereka lakukan." -Sayyid Quthb, dalam Haazad- Deen.

Firman Allah: "Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi
kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami..."

(Al-Ankabut: 69)

"Iman sendiri, belumlah betul-betul bernama Iman, jika belum mendorong orangnya untuk bekerja terus-menerus, dalam rangka menyampaikan ajaranajaran Islam itu kepada orang lain, yang belum turut menikmatinya. Iman merupakan keyakinan tentang kebenaran sesuatu, ketenangan hati menikmatinya, dan keinginan jiwa untuk berjuang menyampaikannya kepada orang lain." -Fathi Yakan, dalam Bagaimana Kita Menyeru kepada Islam.

““Bahawa ibadah saya itu mestilah HIDUP serta BERHUBUNG dengan DIA YANG DISEMBAH (ALLAH)… dan inilah kedudukan IHSAN di dalam Ibadah”- Fathi Yakan

"Untuk bahagia, berjaya dan tenang dalam hidup ini kita mesti jelas tentang apa yang paling penting dalam hidup ini dan membuat keputusan untuk hidup dengannya tidak kira apa pun yang terjadi. Lihatlah impaknya apabila Sayidina Bilal bin Rabah membuat keputusan untuk memeluk Islam. Pada waktu itu ia berpegang dengan nilai iman yang dirasakannya lebih berharga daripada nyawanya. Walaupun diseksa setengah mati, dia tetap berpegang dengan nilai iman.

Begitulah yang terjadi kepada Yasir dan Sumayyah yang sanggup mati di hujung tombak kerana memilih iman berbanding kenikmatan dunia dan segala isinya. Kecintaan Khubaib terhadap Rasulullah saw yang mengatasi kesenangan dirinya bersama keluarga sehingga dia berkata, “aku lebih rela mati daripada melihat Rasulullah tercucuk duri.” Dari kaca mata dunia, Bilal, Yasir, Sumyyah dan Khabbab adalah manusia yang bodoh dan rugi… tetapi dari kaca mata Islam merekalah yang paling beruntung dan berjaya!" -Pahrol Juoi, Nilai itu bukan pada Barang Bernilai
ini gambar aktor Denzel Washington, semasa berlakon jadi Malcolm X, bukan Malcom X sebenar.

I am not a racist in any form whatever. I don't believe in any form of racism. I don't believe in any form of discrimination or segregation. I believe in Islam." -Malik Asy-Syabaz a.k.a Malcolm X.
 





“Islam appears to be a perfect work of architecture, all its parts are harmoniously conceived to complement and support each other nothing is superfluous and nothing lacking and the result is a structure of absolute balance and solid composure.” -Leopold Weiss (Muhammad Asad).

No comments: