18 October 2009

Life GoEs ON


(sila klik komik untuk baca, kena baca dulu!)

Su tertekan dengan keadaan sekeliling yang susah nak terima bahawa dia dah berubah. Jangan tertekan dah dapat hidayah patutnya kita gembira dan senyum, bergaullah dengan mereka dan ugrade ilmu. Dakwah bukan terus lari tanpa merangkak.

Macam mana nak selesaikan masalah dia, bro?

Acap kali yang nak bawa perubahan pasti ada tentangan. Reformasi , Revolusi, Transformasi, Perubahan dan perkataan yang sewaktu dengannya adalah sesuatu yang sukar diterima lagi-lagi di telinga-telinga yang rakus berkuasa....tak semua boleh terima perubahan.

Contoh, sewaktu dulu pernah terdengar cadangan kenaikan pangkat akan dinilai melalui solat lima waktu. Ramai yang tak boleh terima kerana pelbagai masalah yang akan timbul. Masalah yang utama sebenarnya adalah ‘perubahan diri seseorang yang tak solat kepada terpaksa solat’....

Berdasarkan masalah Su dalam komik di atas adalah tentangan dari keluarganya kerana perubahan yang tak baik kepada baik. Walaupun masalah ni nampak ‘small the pieces’ tapi ia merupakan juzuk yang besar terutama dalam keluarga yang cetek agama, rendah akalnya. saya tak kata golongan ini bodoh mahupun jahil, yang saya cuma nak bagitahu ISLAM adalah FITRAH, jadi kena fikir panjang apa yang Islam suruh buat(Islam is not restrictive but expansive)...

Bukan senang Rasulullah s.a.w. nak buat perubahan:

Dari masyarakat menyembah batu berhala kepada Allah yang tak dapat dilihat,

Dari Tuhan yang banyak kepada Tuhan Yang Satu,

Dari masyarakat menghina wanita kepada mengangkat martabat wanita,

Dari masyarakat yang hidup asabiyah kepada masyarakat 1 ummah,

Dari masyarakat yang hamba kepada Tuan kepada hamba kepada Tuhan!

Metaforanya hampir sama cuma lagunya sedikit berubah rentak. Dahulunya masyarakat kafir Quraisy tapi keluraga Su adalah Islam. Macam Islam menentang sesama Islam, tapi tidak. Bezanya adalah ilmu dan kefahaman. Islam bukan agama paksaan tapi fitrah yang disuntik oleh tarbiah. Rasulullah bukan sekadar bagitahu tapi Rasulullah mentarbiah para sahabat di rumah Al Arqam bin Abi Al-Arqam.

Kebetulan saya belajar di bumi Sabah, kebanyakan ceritanya begitu. Keluarga mereka tak solat, tak baca Quran dan mengamalkan ajaran Islam. Bagi mereka Islam cekup-cekup saja, macam ambil lauk, nak makan ambil, tak nak makan biar. Islam bukan ambil separuh tinggal separuh ikut SELERA.

So, macam mana nak buat dengan keluarga macam ni?

Bayi tak terus berjalan tanpa bertatih. Macam itu juga dakwah tak terus pecut tanpa merangkak. ‘Step by step’ kata orang putih. Perubahan dalam diri penting tapi nak ubah suasana perlukan sedikit masa. Ambil ruang, slow talk dan explain kenapa kita buat keputusan untuk berubah. Fasa ini anda hanya menjawab persoalan dan terangkan. Adapun terjemahan perubahan anda dari solat dan amalan sunat yang lain bisa saja diteruskan!

Yang dulunya bangun tidur masa matahari tegak kat kepala tapi sekarang bangun sebelum matahari timbul, kalau dulu banyak masa main game dan tonton TV tapi sekarang banyak bantu emak di dapur, jika dulu teruk akademiknya tapi sekarang cemerlang keputusannya, jika dulu suka membazir tapi sekarang berjimat segan meminta, jika dulu kena tunggu arahan baru buat tapi sekarang sebelum buka mulut semua dah settle.

Sedangkan besi yang keras dapat dilembutkan Nabi Daud. Ini kan pula hati manusia, Allah yang pegang, takde yang mustahil. Masa ini sedikit demi sedikit kelurga pasti terasa kocakkan air yang dulunya nampak tenang, ada tsunami telah berlaku tapi semua itu bukan untuk runtuhkan, putuskan, mahupun menjauhkan tapi nak lebih mengharmonikan ikatan kekeluargan.

Masa inilah kia nak masukkan benang dalam jarum, bila dah masuk kait benang tadi baik-baik. Sedikit demi sedikit kita terangkan tentang Islam. Mereka pun nak berubah, tapi buka taklid buta sebab Islam pun tak menuyuruh umatnya bertaklid buta sepanjang masa. Apapun kena bagi faham dulu, bukan terus terjah ini halal dan ini haram!!!

Buat Su, itu adalah mehnah dan tribulasi bagi orang nak buat perubahan. Jangan berhenti di tengah jalan kerana anda sudah dapat Hidayah Allah, hadiah dari Allah. Hadiah yang boleh dibawa ke syurga yang Europe,US dollar mahupun dinar tak mampu nak tebus. Maka sinarilah hidayah dengan ilmu. Hidup mesti diteruskan!!!

Komik:Zizul arts

Teks:putra_alkahfi

6 comments:

Anonymous said...

Life Goes on.. and Dun taklid buta...
loVe ThiS cOmiC..

putra-alkahfi said...

ya, hidup mesti diteruskan begiut juga dakwah walaupun ada mehnah dan tribulasi...

Unknown said...

kenapa tajuk life goes on?

Anonymous said...

kenapa life goes on~sebab no matter how bad ur life is after u got the hidayah, kena teruskan juga dalam tarbiyah dan jangan berhenti. Allah akan uji orang yang beriman..(teruskan doa-life goes on dengan kesinambungan tarbiyah dan dakwah)

putra-alkahfi said...

betul tu mesti teruskan dengan tarbiyah, tarbiyah umpama minyak kereta yg kena sentiasa di isi..kereta tak boleh gerak tanpa minyak, macam tu juga dengan kehidupan tak boleh jadi tin kosong.

FiFFy said...

Saya sokong... hehehe.. walapupun lambat masuk blog ni... tp life must goes on mah..
kalau la kerana 1 problem jak kita dah menyerah... confirm la kita takkan matang sampai bila2... ^,^
Kalau la di dunia ni kita asyik2 dapat nikmat Allah (tnpa sebarang ujian dari Allah), nikmat di akhirat akan hilang...

So... Life goes on.. and smile always... ^,^

keep working... teruskan perjuangan ya akhi... ^,^ salam..