Ramai rakan yang bertanya pada saya, adakah politik sebahagian dari Islam? Apa hukum berpolitik dalam Islam. Saya bukanlah orang faqih tentang politik, Cuma saya ada bahan untuk berkongsi bersama iaitu cuba kita faham dulu, erti sebenar tentang politik, fiqh siasah.
Fiqh menurut istilah syarak ialah: mengeluarkan (istinbat) hukum-hukum syarak yang bersifat amalindari dalil2nya detail (tafsil). Sementara ungkapan ‘al-Siyasi(ألسياسي)’ adalah diambil dari perkataan ‘sasa(ساس)’kata nama pelaku ialah ‘sais(سائس)’ dan kata nama tebitan ialah ‘siasah(سياسة)’ yang bermakna penjagaan.
Ahli siasah ialah orang yang memelihara urusan umat, memahaminya dengan kefahaman yang mendalam dan menyelesaikannya dengan pemikiran dan pandangannya yang betul. Ahli siasah Islam ialah orang Islam yang komitmen dengan Islam yang menyelesaikan umat dari sudut pandangan Islam dan hukum syarak. Inilah kata sebenar seorang pemimpin/ahli politik, mesti mengambil tahu urusan umat kerana ia merupakan amanah Allah dan tahu menyelesaikan masalah menurut Islam seperti bersandarkan Al-Quran, Sunnah Nabawiyah atau boleh saja merujuk kitab2 Fiqh (ahl al-hal wa al-‘aqd, Wilayah ‘Ammah dan ulama’2 islam seperti al-Mawardi, Abu Yu’la al-Farra al-Hanbali, al-Qalqasyandi, Abu Yusuf, abu ‘Ubaid, Yahya Ibn Adam dan iktisad yang dipegang Imam Hassan al-Banna.)
Mari kita lihat pula erti Fiqh Siasah ialah kefahaman mendalam terhadap urusan umat dalam dan luaran, mentadbirnya, menjaganya menurut panduan hokum syarak dan memandunya. Itulah yang dikatakan politik, memandu dan mentadbir manusia ke arah agama(Islam) dan menunjukkan teladan baik, kerana Rasulullah juga berjaya mentadbir Madinah dengan sangat sukses bukan sahaja berlandaskan Al-Quran malah menunjukkan peribadi akhlak seorang muslim sejati(kepimpinan melalui teladan). Maka, dapat disimpulkan Islam sama sekali tidak menolak politik, bahkan politik salah satu juzu’ dalam islam selain ekonomi, perundangan, ketenteraan, hubungan antarabangsa, hiup bermasyarakat dan berjiran. Islam itu syumul melengkapi segenap hidup, mencakupi pelbagai bidang sesuai dalam segala lapangan. Imam Syed Qutb mengatakan suasana dan keadaan lah yang perlu disesuaikan dengan Islam, bukan Islam perlu menyesuaikan dengan keadaan. Islam itu sudah sempurna, maka dengan itu pelajarilah banyak ilmu tentang Islam, jangan lantaran jahil ditambah dengan sikap pemalas menjadikan kita terus berada dalam kepompong ‘katak bawah tempurung’.

No comments:
Post a Comment