Ahlan ya Ramadhan. Alhamdulilah kita sekali lagi djodohkan dibulan ramadhan tatkala diri ini memang memerlukan injection tarbiyah di madrasah ramadhan. Cahaya ramadhan perlu lah kita nyalakan dalam diri kita jika benar diri kita yang ingin menjadikan bulan ini sebagai titik tolak kepada perubahan dalam diri ke arah hamba yang bertaqwa. Ini bedasarkan Firman Allah “Wahai orang2 yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”[Al-Baqarah: 183]. Jangan jadikan ramadhan yang kita lalui sepanjang hidup sebagai bas yang singgah di stesen2 bas. Bahkan ramadhan ada tuntuntan dan sunnah2 yang kita lakukan pasti menjadikan kita lebih dekat pada Allah Azza Wa Jalla.
SYAHRUL QURAN
“Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan2 mengenai petunjuk itu dan pembeda(antara yang benar dan yang batil”[ Al-Baqarah: 185]
Alhamdulilah di bulan ni jugalah masjid2 mahupun musolla2 riuh rendah dengan lantunan ayat2 suci Al-Quran. Mukjizat iini ternyata tiada tolok bandingnya dari awal diturunkan pada Nabi Muhammad s.a.w. merubah segala ceruk kehidupan manusia yang bergelumang cara hidup jahiliyah. Sejarah membuktikan mereka dulu yang suka berperang, minum arak, membunuh bayi2 perempuan, merendahkan martabat wanita, musnah lantaran badai yang tiup persis ajaran Nabi Muhammad s.a.w. yang berpegangkan Al-Quran yang diwahyukan oleh Allah. Kita mengharapkan bulan ini bukan sahaja bulan bertadarus, malah menjadikan Kalam Allah ini hidup dihati2 kita yang selama ini kelam dan membiarkan Quran hanya jadi penghias meja lama2 kelamaan berhabuk lantaran tidak membukanya apatah lagi membacanya.
Mukjizat Allah yang paling agung yang diturunkan kepada Nabi Muhammad wasilah kita mendapatkan bekalan keimanan dan ubat paling mujarab dalam merawat penyakit sosial, masalah hati, kecelaruan dalam pengurusan kerana Allah telah berfirman dalam banyak ayat anataranya “Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang jadi penawar dan rahmat bagi orang2yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang2 yang zalim selain kerugian”[Surah Al-Isra’:82]. Firman Allah lagi dalam Surah Yusuf, ayat 57, “Hai manusia, sesungguhnya Telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit2 (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang2 yang beriman”. Impak atau inersia Al-Quran sudah pun menampakkan kesan, nah lihat sahaja hasil tarbiyah Rasulullah selepas kewafatan Rasulullah, Islam mampu berkembang seantero dunia, mereka inilah yang dikatakan ma’alim fit-tariq, generasi Al-Quran bukan sahaja meniti di bibir mereka malah ekonomi, sahsiah, cara hidup, perlembagaan berautonomikan Al-Quran berkiblatkan Allah.
Ikhwat akhwat sekalian, sudah tiba masanya kita mengerakkan kaki, menghidupkan hati dan mengkaji ayat2 Quran agar kita semat dan amalkan dalam hati kita sepanjang Ramadhan yang mulia ini. Bila lagi? banyak berehat dan jama’ taqdim pada sahurnya serta jama’ takhir pada berbuka menyebabkan kita malas untuk lebih beribadah. Harap2, jangan kita jadikan puasa sebagai alasan kita untuk tidak banyak bekerja pada Allah.
Solat Terawih
Abu Hurairah berkata, “Telah bersabda Rasulullah s.aw, ‘Siapa yang membangunkan malam Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa2nya yang terdahulu”(HR Ahmad dan Ash-habus Sunan)
Semua mazhab ahli Sunnah Wal Jamaah bersetuju bahawa Terawih adalah satu “sunnah”. Terawih merupakan satu anugerah yang dilaksanakan hanya pada bulan Ramadhan, ia tidak dilaksanakan di bulan2 lain. Oleh itu, rugilah barangsiapa yang mengabaikan solat Terawih kerana kita terlepas dari ganjaran pahala dan keampunan dari Allah. Ruang mana lagi kita nak ambil peluang, jalan mana lagi kita nak ikut untuk masuk syurga Allah selain daripada memperbanyak amalan dan keampunan dari Allah.
Adapun begitu, sesetengah orang ada yang melakukan Terawih tetapi tidak mengerjakan solat Fardhu. Ini perbuatan yang salah di sisi syarak. Tidak boleh kita mengutamakan yang sunat dari yang fardhu. Sahabat2 sekalian, solat Terawih hendaklah kita lakukan juga dengan tenang dan tidak tergopah gapah, jangan asal terawih pada niat saja, pastikan kita lakukan dengan sempurna solatnya dari segi thoma’ninah nya, bacaannya sempurna, khusyuknya dan ikhlas kerana Allah. Selian itu juga Rasulullah menggalakkan kita mengerjakan secara berjemaah, ingatlah selangkah kita prig ke rumah Allah kerana ingin beribadah pasti dinilai oleh Allah, Firman Allah “Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia kan membalasnya”[Az-Zilzal:7]. Moga solat yang berkualiti menjadikan kita jauh dari perkara yang mungkar…
No comments:
Post a Comment