11 August 2008

PRINsip YANG dIAnggAp PenenTANG

PRINSIP ATAU MENENTANG???

KEPIMPINAN bukan satu KEMULIAAN tapi satu AMANAH
KEPIMPINAN bukan satu KESENANGAN tapi satu TANGGUNGJAWAB
KEPIMPINAN bukan satu KEBANGAAN tapi SATU PERTANYAAN D AKHIRAT KELAK…..

Bukan rintihan tapi satu reality kepimpinan bagi siapa yang ingin bawa Islam…

Kami yang di beri mandat berdasarkan Firman Allah s.w.t. “ Kami telah mengatur kehidupan duniawi mereka dan kami tingkatkan kehidupan setengah2 mereka, agar sebahagian mereka boleh memimpin sebahagian yang lain dan bahawa rahmat Tuhanmu lebih baik daripada segala apa2 yang mereka kumpulkan”(Al-Zukhruf:32)

Rakan2 sekalian, bagi seorang pemimpin dalam satu organisasi wajib kita menggariskan matlamat, tujuan, dasar/prinsip dan perancangan. Matlamat dan tujuan kemana organisasi akan pergi, apa yang ingin dicapai dalam tahap2 masa tertentu. Supaya organisasi tidak sesat malah tersalah jalan. Contoh Jabatan Perancangan dan Pembangunan melakukan tugas2 audit dan kewangan sedangkan i2 tugas Jabatan Kewangan. Dasar dan prinsip ini memainkam peranan penting. Organisasi yang tak berprinsip umpama lalang yang ditiup angin, ikut sahaja kemana….Prinsip inilah sering diangap menentang!!!

Saya selaku Yang Di-Pertua ingin menjawab persoalan dan Tohmahan pada pimpinan JAKMAS saya:

1) Kenapa band konsert di Kolej Kediaman E perlu diberhentikan?
Jawapan: (a) Bising. Konsert yang diadakan terlalu bising sehinggkan boleh sampai ke blok2 pelajar. Sedangkan dalam AUKU senditi melarang kita berbuat bising. Sebab kedua, Kolej Kediaman adalah tempat penginapan,bagaimana kita boleh menganggu orang sedang study dan tidur? Bagimana dengan orang yang melakukan ibadah seperti solat? Rasulullah s.a.w. sendiri melarang orang yang membaca Al-Quran sehingga boleh menganggu orang yang sedang solat.

(b) Batas2 Hiburan. Kita bukan anti hiburan, seni adakah fitrah manusia, masakan kita boleh bunuh hiburan sedangkan ia datang dari Allah…………Jumhur ulama’ menghalalkan mendengar nyanyian tetapi berubah menjadi haram dalam kondisi berikut: 1)jika disertai kemungkaran. 2)Jika dikhuatirkan menimbulkan fitnah. Seperti menimbulkan cinta berahi pada wanita atau sebalik nya. 3) Jika menyebabkan lalai dan meninggalkan kewajipan seperti meninggalkan solat dan menunda2nya. Percampuran lelaki dan perempuan yang tak dikawal yang menyebabkan kemaksiatan, perempuan yang menyanyi adalah makruh dan haram jika menimbulkan cinta berahi boleh jatuh haram.

2) Kita kan pelbagai Kaum?
Jawapan: jika kita tak menghormati rakan non-muslim kita, maka kita menidakkan Firman Allah, yang menjadikan kita pelbagai kaum dan berbangsa2, dalam Surah Al-Hujurat:13…kita meraikan non-muslim bukan dengan hiburan yang melebih…ternyata kaum yang lain tidak ramai yang hadir. Pelbagai kaum bukan alasan, semua agama anjur berbuat kebajikan dan kebaikan..bukankah itu lebih baik bagi kita, lagipun semua anjuran melibatkan semua kaum. Ingatlah Islam sudah menggariskan apa sahaja yang kita ingin buat, sesuai dengan fitrah manusia, Firman Allah “ Dan sesungguhnya inilah jalan yang aku dah tetapkan, maka ikutilah…”(Al-An’am: 153)


Rakan2 sekalian, kami JAKMAS E bukan menetang tapi i2 prinsip kami, boleh menganjurakan tapi ada syarat2nya….
Setiap amanah yang kita pikul pasti ditanya di akhirat kelak…tugas2 utama pemimpin yang beragama islam telah digariskan Allah, “Orang2 yang jika kami beri kedudukan di bumi mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan kepada Allah-lah kembali segala urusan”(Al-Haj:41)

Setiap apa yang diamanahkan pada kita, pasti ditanya Akhirat kelak…..

4 comments:

Kami Hanya Buat Untuk Pelajar said...

tahniah lah ydp....
dulu jakmas e selalu menyuarakan isu kebajikan tapi sampai hari ni kami tak nampak lagi apa kebajikan yg u all buat ..... lampu jalan ( tangga ) dekat A2 tu lama dah tak hidup... saya tunggulah apa tindakan Jakmas tapi ?????????? sampai lah kami sendiri buat aduan ke hep....bahaya tu jalan kalau malam student lalulalang....lepastu gazebooo yang cantik kat kolej ni mmglah sesuai tapi lampu teda ...apa ni ....faham2 lah.... mana fungsi Jakmas.....u all wakil kami tak kan benda2 mcm ni u all tak nampak....kata perjuangkan kebajikan ...mana...... u sendiri kata hiburan tak salah.... so kami mintalah satu ruang utk kami ..cthnya bilik utk jamming atau k-box seperti yang ada di UKM.UM.UPM kenapa kat ums teda... kat UM kolej Ke-10 fasilities dia lengkap...kat kolej E belum lengkap lagi.... so fikirkanlah kabajikan dan kemudahan kami....

Unknown said...

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum saudara Adzroy...Adzroy kan nickname masa di SMK Dato Penggawa Barat dulu...Pontian kan...

Adzroy...Kami suka jika kamu ingin berdakwah dengan kami...Siapa tak suka tu taktau la...Memang sejuk hati dapat tahu ramai orang di bawah pimpinan Adzroy yang berjuang di jalan Allah...Tapi Adzroy kenala cuba dengan cara yang lebih molek...Setelah bertanya pada pihak-pihak yang menganjur...Rupanya mereka marah kerana terasa terhina...Kan tak molek jika begitu...Adzroy pun satu, kenapa la post dalam blog-blog begini...Bukan sepatutnya berbincang ke...Malu diorang tau dengan post-post begini...Buat masa ni diorang betul-betul rasa sedih dengan apa yang Adzroy lakukan...Mereka ingin berbincang dengan Adzroy dan semua...Jadi cuba buat satu penyelesaian...Jangan nak bersuara di blog tanpa berbincang...Kalaulah diorang ni presiden mana-mana negara...Tak pasal2 kita kena bom...Kan...

Apa kata Adzroy sendiri bawa ahli-ahli JAKMAS E berjumpa dan berbincang dengan lebih molek dengan mereka...Buktikan kamu berjuang demi pelajar...Saya percaya kamu semua mampu...Selagi niat kamu kerana keredhaan Allah S.W.T.

Macam semasa kamu di kelas 5Cempaka. Dan Guru kelas Cikgu Siti Rahmah dan menjadi kamu ketua kelas. Kamu mengatakan ianya bkn perkara mudah. Dan yang paling best kamu katakan kamu menjadi wakil pelajar tingkatan 5 untuk menyampaikan ucapan sempena hari perpisahan. Seronok kan jadi wakil semua pelajar tapi kamu pun tahu bebannya...Jadi betulkanlah apa yang boleh...

Tujuan saya post bukan utk mengundang kemarahan atau apa-apa niat selainnya...Cuma berharap keadaan Kg E diindahkan lagi dengan kemesraan antara pentadbir, JAKMAS dan pelajar dalam semua agama dan bangsa...Semua orang happy...Tak ada dendam kesumat...Kan lagi best suasana macam tu...

Setelah difikir-fikir macam kedua-dua pihak pun ada salahnya...Jadi carilah ikhtiar untuk betulkan keadaan ni...Pemimpin yang baik adalah mereka yang memikirkan hal tentang sehelai daun".Saya pohon betulkanlah keadaan...Nanti dah abis study susah nak jumpa balik...Dosa sesama manusia tu kena minta maaf...Dua-dua pihak kena minta maaf...Itu yang terbaik...

Wallahualam...

Muslimin Agung said...

Salam WUFI

Tahniah syeikh atas entry yg benar ini. Bukankah dlm Islam kita dididik agar mengatakan yang benar hatta pahit dirasa oleh kita atau pihak lain. Kalimah ALlah wajar kita tinggikan. Satu hakikt yg kita kena akui, minyk dan air tak akan bcampur. Maknanya perkara kebaikkan (Islam) tak mungkin bcampur dgn keburukan.

putra-alkahfi said...

salam.trima kasih atas rakan2 yang memberi komen. tentang kebajikan lampu jalan dan lampu di setiap gazebo, sudahpun kami suarakan pada pihak yang berkenaan, nanti kami follow up balik.....tentang perbincangan dengan pihak sepatutnya, sudahpun berbincang, kami tak bermusuh, islam xmengalakkan kita bermusuh, sy hormati keputusan mesyuarat..