Rasulullah s.aw. bersabda “..Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad ini ada seketul daging. Seandainya dia baik, maka baiklah jasad seluruhnya. Ketahuilah dia adalah hati.”.(Muttafaqun ‘alaih, daripada hadis an-Nu’man bin Basyir r.a)
Sabda Rasulullah s.a.w. “Sebentar lagi seorang ahli syurga akan masuk”. Tiba2 seorang lelaki masuk dengan mukanya masih basah dengan wuduk. Ia bukanlah lelaki orang terkenal tetapi dia ialah Abu Umamah Ibnu Jarrah. Keesokan harinya, perkara sama berulang begitu juga hari ketiga. Sahabat menjadi hairan, apa amalan yang dilakukan sehinggakan Rasulullah mengatakan dia seorang ahli syurga sampai 3 kali baginda menyebutnya. Maka, dikalangan sahabat Abdullah bin Amr bin ‘Ash, meminta izin untuk menginap 3 hari dirumahnya. Apa yang dilihat oleh sahabat Nabi ini tiadalah amalan yang istimewa dan hari yang dilalui tidak jauh beza dengan sahabat yang lain…selepas puas meneliti dan mengintip amalan yang dilakukan, bertanyalah Abdullah kepada Abu Umamah “apakah amalan yang kau lakukan sehinggakan kau dikata oleh Rasulullah sebagai calon penghuni syurga?”. Jawapan Umamah amat mengecewakan “apa yang kau lihat, itulah”. Ketika Abdullah hendak pergi, tiba2 tuan rumah berkata “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku tidak pernah iri hati dan dengki terhadap nikmat yang Allah berikan kepada orang lain. Sebelum tidur, aku bersihkan hati daripada sifat ujub, takbur, dengki dan rasa dendam”.
Rasulullah s.a.w. bersabda “tidak akan masuk syurga seseorang yang ada dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.”(Hadis Riwayat Muslim).
Dendan, dengki, ujub dan riyak adalah penyakit hati bila mana hati kita kotor. Bila hati kotor, akhlak lah yang menonjolkan kekotoran hati itu. Kunci syurga adalah datang dari amalan yang dilakukan oleh hati yang bersih. Bila hati kita kotor, bukan hati yang bersih susah dihadirkan bahkan amalan wajib pun sukar kita laksanakan. Rakan2 sekalian, marilah kita sucikan hati kita dengan meluruskan tauhid kita kepada Allah Azza Wajalla, melaksanakan amalan wajib, memperluas amalan sunat, solat malam, baca Quran dan maknanya, banyakkan berpuasa, membasahi lidah dengan berzikir dan banyakkan sedekah. Amalan2 ini bukan sahaja besar ganjaran pahala bahkan melenyapkan dosa2 kecil kita. Cucilah hati kita sebelum ia menjadi hitam bahkan berkarat, maka akhlak jadi buruk, yang wajib jadi sunat, suka dosa dari pahala, maksiat penghibur hati, tidak mengenal siapa pencipta, mencabar hukum Tuhan maka tunggu sahaja lah laknat Allah akan datang dan azab neraka kian menghampir. Marilah kita bertaubat sebelum ajal sampai kerongkong kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
No comments:
Post a Comment