Melihatkan ayat clueless daripada ahli motivasi yang terkenal ni buat dalam nada apologetik....Bertaburanlah respon daripada pemuda ISMA. Satu, meletakkan censor pada muka akhawat yang memegang tanda BUMI INI TANAH MELAYU seperti pesalah kes jenayah. Dua, kerana kenyataaan Dr. Harlina seperti buta sejarah (atau memang buta sejarah).
Saya pun buat satu karya yang merespon pada perkara ini.
Dan lagi...
Lebih elok kita tengok jawapan ahli akademik pula. Ayat yang lebih tersusun.
Dr. Khalif Muammar: Ke manapun kita pergi, tanah yang kita pijak itu ada tuannya, kecuali apa yang disebut no man's land yang biasanya terletak di perbatasan dan tidak terjangkau oleh manusia. Bumi Malaysia ini tanah Melayu, dan itu adalah anugerah Allah yang tidak
ternilai, maka jangan kita kufur nikmat dan tidak mensyukurinya.
Kali ini dari Dr. Ahmad Farami pula.
"Bumi
ini Bumi Melayu Islam" & "Bumi ini MILIK Allah swt" kedua-duanya
benar, dan bukannya 'mutually exclusive' (tidak berkait atau saling
bertentangan). Mengambilkira konteks AGENDA dalam foto ini, slogan "Bumi
ini Bumi Melayu Islam" adalah relevan kerana yang ditegaskan ialah
persoalan IDENTITI kenegaraan bumi Malaysia. Ia benar dari sudut
socio-constitutional, antropologi, sejarah & geo-etnisiti (hubungan
identiti geografi dengan bangsa). Ia tidak menafikan hakikat mutlak
bahawa Malaysia milik Allah swt.
Maka kritikan Dr. Harlina Siraj ini adalah satu falasi, dengan hujah bernada apologetik.
Maka kritikan Dr. Harlina Siraj ini adalah satu falasi, dengan hujah bernada apologetik.
No comments:
Post a Comment