15 July 2012

RAUDAH RAMADHAN...KEHADIRANMU DINANTI.


 Saya akan mula menyiarkan beberapa poster yang menarik daripada grup karyawan PEMBINA yang menjalankan kempen RAUDAH RAMADHAN: Kehadiranmu dinanti.
Bermula dari post ini. Ada banyak sebab untuk orang menantikan Ramadhan, dan sebab itu pelbagai. Ada yang mahu dapatkan tapak niaga bagi bazar Ramadhan, ada yang mahu berpuasa penuh demi diet dan mengawal paras gula dalam darah. Dan ada yang mahu mula berpuasa penuh tahun ini.

Kali ini saya menampilkan watak Eri, watak ciptaan saya yang digemari ramai. Tapi saya buatkan dengan label yang dilancarkan oleh grup karywan PEMBINA : Raudah Ramadhan.