28 June 2012

STINGINESS OF JEALOUSY (Terjemahan)

Selepas beberapa kali menelaah artikel di laman SuhaibWebb.com.
Saya terus merencanakan sesuatu yang kecil sahaja usahanya...membuat terjemahan bebas kepada artikel-artikel yang menarik. Di samping itu menambah baik kefahaman saya kepada Bahasa Inggeris dan memperelokkan gaya bahasa saya agar maksud asal artikel tidak tersasar jauh.

Sebelum anda (tidak semua) berfikiran negatif, tidaklah saya menterjemah tulisan ini kerana nak memandai-mandai tunjuk pandai. Ish, TIDAK. Bukan juga kerana yakin dan tsabit bahawa pengunjung blog ini tidak faham sepatah haram pun ayat-ayat English. Saya percaya semuanya pandai. Jika tidak pandai, pastinya blog ini penuh dengan komen yang sarat maki-hamun dan kata nista. Yang itu saya bersyukur, meski pun blog ini sepi dengan komen, yang bagusnya tiada komen mencarut di sini. Eh, kita di mana tadi?

Ya, ya...tujuan saya melakukan terjemahan. Untuk menambahkan bahan ilmu dalam Bahasa Melayu. Mudah bukan? Setakat yang saya tahu sewaktu di IPTA dahulu, tulisan akademik dalam Bahasa Melayu amat...amat sedikit. Bahkan ahli akademik pun sudah terlalu selesa menulis jurnal dalam Bahasa Inggeris. Jadi penggunaan Bahasa Melayu dalam penyampaian ilmu tidak berkembang...langsung.

Ah, cakap banyak pula. Jadi ini saya siapkan sebuah artikel terjemahan yang agak berguna. MARI KITA MULAKAN.

25 June 2012

HIKAYAT TINJU KHAIRY_KOMIK STRIP

Alhamdulillah, rajin pula saya update blog, iye? Sementara putra-alkahfi menunaikan umrah, saya di sini cuba menunaikan solat (semestinya), dan juga komitmen untuk terus melukis. Dah baca tajuk di atas nun? Ya, komik hangat Hikayat Tinju Khairy dah ada sambungannya. Eh, nanti dulu!

BEAUTY AND BODY IMAGE (terjemahan)

Assalamualaikum. Rasanya macam sudah lama tidak kemas kini blog ini. Maka kali ini saya cuba lakukan satu perkara yang amatlah sukar dibuat; MENTERJEMAH artikel. Sewaktu saya memegang amanah sebagai Ketua Lajnah Publisiti dan Media dahulu, saya ada lakukan dua kali kerja menterjemah. Pertama, artikel perihal Malcolm X. Kedua, artikel pengislaman Jeffery Lang, pakar matematik Amerika yang ateis menjadi Muslim sejati.

Ini kali ketiga saya membuat kerja terjemahan sendiri. Walaupun tidak sebaik tenaga penterjemah dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), ada banyak perkara penting yang boleh dikutip daripada artikel ini. Sebarang maklum balas tentang kualiti artikel ini amat saya hargai. Jika anda tidak memberikan idea bernas (komen), rasanya kerja saya ini memang baguslah. (senyum..). Bacalah, dengan nama Tuhan yang menciptakan...

18 June 2012

The concept behind the comic: HIkayat Tinju Khairy

Ramai kawan saya fikir saya membuat kerja tak berfaedah dengan melukis komik. Pandangan itu ada yang betulnya, tapi bukan pada saya, waima pelukis komik lain yang jujur berkarya dengan nilai-nilai yang baik. Contohnya MFR, yang memulakan inisiatif mengumpulkan banyak-banyak tajuk komik dalam satu laman sesawang. Sampai hasil kerja saya pun dimasukkannya. Terima kasih,ya. Untuk tengok komik saya dan komik orang lain, boleh klik sini http://komikdakwah.blogspot.com/

Baik, kembali pada bicara awal tadi. Kerja berkomik memang tidak berfaedah jika anda tidak ada mesej untuk disampaikan pada pembaca di luar sana. Sekarang ini pun, berapa ramai remaja yang berbakat melukis sesuatu yang tidak ada kaitan dengan mereka. Mereka melukis watak yang namanya Jepun, namun tinggal di Malaysia, anehnya pergi ke sekolah dengan skirt pendek, lepas itu ada pula pokok sakura di persekitaran. Tanda keliru hala tuju membuat komik agaknya. Rasanya, saya pun pernah melalui era itu...dan melepasi transisi ke arah hala tuju berkomik.

12 June 2012

komik Sempoi Zizularts 4: Dualisma dalam perkataan

Membaca status orang di Facebook adakalanya mencetus bermacam perasaan...Paling jelas, rasa tidak selesa apabila berlaku pertentangan persepsi dan beza pendapat. Dan yang sebenarnya, perasaan tidak selesa timbul akibat sifat negatif daripada pertentangan pendapat tersebut. Sifat negatif itu dikesan daripada penggunaan kata-kata dalam lisan dan semasa menaip di papan kekunci. Itulah dia, dualisma....pertentangan dua nilai yang berbeza. Seorang insan boleh sahaja ada dualisma dalam dirinya. Hari itu baik, hari ini dia sudah bad mood. Dualisma lah itu, yang membawa kepada tajuk komik ini.

10 June 2012

kERANA CANGGIHNYA APPLE (parodi)

Rata-rata pelajar sekolah menengah dahulu pasti ingat sekurang-kurangnya tajuk Cerpen ini. KERANA MANISNYA EPAL. Cerpen ini sampai sekarang masih lagi segar dan manis rasanya. Sampai ke tahap menjadi mahasiswa, saya pun terus buat lukisan fan art/ karya peminat untuk cerpen tulisan Faisal Tehrani. Bukan satu fan art, bahkan dua fan art...dan tambahan lagi, saya sudah buat satu lagi twist pada fan art kali ini.

03 June 2012

KOMIK: Hikayat TINJU KHAIRY (Bahagian 1)

Ini dia...suatu masa dahulu, ada orang buat bahulu. Ewah, berpantun pula saya ini. Lama kan saya tidak buat komik yang serius. Saya dah janjikan komik yang tidak sempoi, dan inilah dia!! Sekuel pada Hikayat Kung fu Izati. Ini hasil kerja come back saya, maka saya memang minta pengunjung datang dan berikan komen yang baik dan membina...Nanti bolehah saya baiki mana yang patut. Kisahnya memang 100% fiksyen, namun ada bersandarkan sejarah... Dan sejarah buat saya...untuk melukis komik paling panjang...(baru bahagian pertama sahaja!!!) Nah, rasakan impak comeback saya ini!