Begitulah analogi saya untuk potensi kita. Satu ciri unik usahawan bergaya dan berjaya, ialah mengenal pasti peluang dan potensi. Mengenang kisah saya di KL Sentral, membawa kepada tulisan yang entah apa-apa ini. Kisah di KL Sentral, kisah saya berjumpa Hasbul Aqill. Namun pengalaman peribadi ini baik saya ringkaskan mana yang boleh, agar tiadalah syok sendiwi...(senyum).
Sejujurnya saya lebih senang mendengar, ialah depan kita ini orang berniaga. Kita ini siapa, pengkarya bebas sahaja. Itu pun underground. Dan sungguh, mula-mula jumpa kita tidak menyangka rupa sebenar masih lari dari sangkaan. Hasbul Aqill lebih kecil dari sangkaan saya, dan saya nampak lebih muda dari sangkaannya. Kes salah sangka. Sebagai fakta tambahan, dalam gambar ramai orang akan kelihatan bertambah 10 paun dan seperti lebih tinggi. Jadi faham-fahamlah.
Daripada mulut tuan Hasbul tahulah kita, kerja Internet Marketer bukanlah duduk goyang kaki depan komputer sahaja. Mana-mana perniagaan, sekali pun perniagaan Internet memerlukan usaha dan kreativiti. Dan sudah tentu mengambil masa. Jika masanya segera, bukan namanya proses. Dan jangan lupa, kena berhati kering juga (maksudnya berani).
Saya pula serba-serbi ringkas berkisah tentang diri sendiri dan perancangan saya untuk menerbitkan komik di bawah label Komik-M. Dan saya tunjukkan gambar ni kepadanya.
Pusing kepala untuk lihat gambar ni dan catatannya.
Kemudian, dia membawa usul, membuat kerjasama untuk menerbitkan karya melalui beliau, dengan kadar yang lebih lumayan daripada bayaran 5-10% royalti oleh Komik-M. Saya menyambut usul itu, dan pada masa yang sama mahu melihat karya saya dalam bentuk yang maujud. Bentuk yang boleh disentuh, boleh dirasa. E-book dan buku kertas, dua-dua saya pilih.
Baiklah, sekadar ini sahaja apa yang saya nukilkan. Insya-Allah, nanti saya sambung lagi. Dan daripada pertemuan dengan usahawan muda dan bergaya ini, saya sedar bahawa pelukis komik macam saya juga mahu tidak mahu kena pandai pemasaran.
No comments:
Post a Comment