17 June 2011

RUMAH KEDAI

 Hanya gambar hiasan
Zizularts kini mahu bercerita kisah silamnya. Tiada bezanya, ada zaman kanak-kanak, zaman remaja dan transisi menuju dewasa. Dan beberapa kali berpindah rumah semasa zaman kanak-kanak, pindah sekolah sahaja yang terkecuali. Dan ini antara jenis rumah yang saya pernah duduki. RUMAH KEDAI, semasa umur saya sekitar tiga hingga empat tahun.

Rumah kedai ni banyak sangat ada di Asia Tenggara, bahkan di negara semaju dan sesibuk Singapura pun, rumah kedai masih lagi teguh berdiri. Ada kalanya rumah kedai boleh mencapai tiga tingkat tinggi. Bagi orang yang memiliki perniagaan keluarga (familiy business) rumah kedai ini adalah pilihan utama para peruncit dan peniaga konvesional lain; berniaga sambil mewujudkan tempat berteduh kepada keluarga. Dan dapat pula isteri dan anak-anak turun untuk menguruskan kedai, atau perniagaan mereka.

Berbalik kepada kisah saya yang masih kecil dan mentah suatu ketika dahulu, ayah saya bukanlah pemilik kedai runcit tersebut. Dia cuma membantu kawannya (pemilik sebenar) yang berasal dari Pekan, yang saya panggil Pak Cik Atan. Sebagai bonus Pak Cik Atan bagi kami sekeluarga tinggal di rumah kedai itu. Apa perasaan zizularts yang masih budak itu? Mestilah asyik fikir main dan seronok sahaja. Tambah pula bekalan untuk puting susu yang banyak. Err, saya masa tu masih menhisap puting susu lagi (Puas hati?!). Puting susu selalu sahaja putus dan koyak, sama ada saya ganas sangat atau tikus yang menjadi dalangnya. Maka setiap malam saya turun ke bawah (kedai) untuk mendapatkan puting baru. Ada masanya kehabisan bekalan, sedih rasanya.

Alkisah, saya tidak mengingati semua butiran hidup di rumah kedai, hampir kesemuanya diceritakan oleh arwah ibu saya. Yang saya ingat hanyalah siling rumah runtuh semasa waktu tidur. Apa pun, kisah rumah kedai ini merewang dalam benak saya tatkala setiap hari saya melalui Bandar Taiping untuk pergi ke tempat praktikal. Dan rumah kedai sebenarnya mempunyai nilai hartanah yang tinggi, jika lokasinya bagus dan strategik. Dengan impian memiliki studio sendiri, saya boleh memasukkan rumah kedai dalam senarai bangunan yang boleh dijadikan studio untuk saya berkarya, untuk ruang peribadi, dan untuk ruang membaca bahan ilmiah. Saya mahu melihat lebih banyak rumah kedai diduduki oleh orang kita, yang Islam dan Melayu, nanti terpecahlah dominasi rumah kedai oleh orang Cina. Hmm...pendapat saya kuat mengatakan bidang hartanah juga patut diceburi oleh ramai orang Islam di Malaysia. Banyak fungsi rumah kedai ini, boleh sahaja dijadikan tempat operasi gerakan dakwah seperti ABIM, IKRAM, dan ISMA.

Sedang pada masa yang sama, sedih juga bila banyak tanah orang Islam dijual pada mereka yang tidak mengucap kalimah syahadah dengan harga yang murah. Lebih afdal berjual beli dengan orang Islam, tanpa mengira sentimen politik, warna biru, merah atau hijau tidak boleh jadi tanda diskriminasi.

No comments: