08 January 2011

Persepsi yang tunggang terbalik

Bismillahir rahmanir rahiim. Saya nak tau, makhluk ini betul ke dipanggil paus pembunuh (killer whale)? Jika ya, macam mana dia dapat gelaran tu? Comel je saya tengok. Betul ke dia dapat gelaran macam tu? Pasal haiwan ini makan paus lain yang lemah lembut, makan anjing laut, makan penguin dan kadang-kadang beberapa spesies jerung?



Awak tahu kan, paus pembunuh (Orca orcinus) ini pernah jadi pelakon utama dalam filem "Free Willy"? Awak tahu kan paus ini makhluk yang bijak? Makhluk yang jinak? dan struktur sosialnya kompleks? Awak tahu kan killer whale ini ramai orang suka tengok persembahannya dalam zoo?

Awak dah tahu. Tapi awak tahu orang Barat dahulu sebelum era moden pernah cipta imej menakutkan tentang paus pembunuh ini? Yang menepati gelarannya yang disebut "pembunuh" itu? Awak tahu, dengan ilmu yang dangkal dan kejahilan yang meluas, paus Orca ni jadi mitos yang menakutkan untuk mereka? Imej mereka sama macam jerung great white yang digambarkan jahat dalam filem "Jaws". Awak tahu tak, lepas pertengahan 70-an, imej teruk paus Orca dah berubah? Sana-sini orang buat kerja memulihara makhluk ini.

Jadi awak tahu kan, orang sekarang sayangkan paus Orca? Awak rasa paus ini comel tak? Besar kan saiz haiwan comel ini?
Jika orang sayangkan Orca, kenapa orang tak sayang pada Islam? Imej Islam dah jadi terbalik pula, betul kan? Awak tahu kat Amerika sana prejudis paling besar ialah Islamophobia? Awak tahu kan betapa media kat sana selalu momokkan benda yang bukan-bukan pasal Islam? Awak tahu kan orang sana mencebik bila pandang Muslimah berpurdah? Dan Muslimin berjanggut? Awak tahu Islam dapat label pengganas? Dan awak tahu juga kan Geert Wilders si ahli Parlimen Belanda tu Islamophobia? Lagi pening bila orang Islam sendiri jadi Islamophobia, betul kan?

Jika imej paus Orca boleh berubah, Islam pula bagaimana? Awak tahu kan jawapan ini? Awak percaya dalam kemelut Islamophobia ramai orang Amerika dan UK masuk Islam? Menganut agama fitrah? Hei, awak tahu tak Islam ini agama fitrah? Benda baik semua orang suka, itu yang Islam galakkan. Awak boleh percaya ke Islam itulah yang paling adil? yang paling agung? Bahkan dalam solat itu bukannya kepayahan tapi satu cara kasih sayang Allah tumpah kepada kita? Awak pernah rasa tak selepas solat, ada satu beban sudah terangkat dari jiwa kita? Pada masa itu kita rasa tenang aje?

Jika betul awak rasa saya banyak soal, awak masih baca tulisan ini, kenapa ye? Saya tanya lagi, awak percaya tak Islam itu yang paling adil? yang paling agung? Dan soalan terakhir, awak percaya tak Islamophobia nanti boleh bertukar jadi Islamophilic (suka Islam)?

No comments: