18 December 2008

Tak Kisah yang Membawa Resah



Imam Sahl Bin Abdullah pernah menyebut “Kejayaan terletak pada 3 perkara: Mengambil makanan yang halal, menunaikan amalan yang fardhu, dan mengikut petunjuk Nabi dalam hidup”

Di dalam Ihya’ Ulumuddin, sahabat Nabi, Abdullah bin Umar, Beliau berkata “sekiranya kamu mengerjakan solat seperti busur yang melengkung dan kemu berpuasa sehingga kurus seperti anak panah, amalan kamu tidak diterima melainkan disertakan dengan warak yang mendinding”

Warak yang melindungi bermaksud tidak mengambil sesuatu yang syubhat atau mendekati perkara yang haram. Saya tertarik dan amat meminati seorang ulama’ yang sangat menjaga dan menjauhi perkara2 yang syubhah iaitu Imam Ahmad Bin Hanbal(Mazhab Hanbali).

Sufyan at-Thauri mengingatkan berkata “ Sesiapa yang membelanjakan sesuatu yang haram, dia diumpamakan seperti seorang yang mencuba membersihkan sehelai kain berlumuran najis dengan air kencing, Dosa tidak dapat dibersihkan melainkan dengan yang halal”

Mutakhir ini, ramai orang tidak kisah sama ada pekerjaan, wang dia perolah itu halal atau tidak. Yang penting valid di kedai2, bank2 mahupun mengisi kantung perut mereka. Bukan setakat mencuri, merampas harta benda, memakan riba bahkan ada yang sanggup menjual tubuh badan mereka alasannya untuk mendapatkan sesuap nasi. Di mana rasionalnya? Banyak lagi pekerjaan, sedangkan seramai 2.1 juta warga asing bekerja ditempat kita, masakan hujan batu di negeri sendiri???

Duit yang haram, sumber yang tidak jelas mana datangnya bukan menyebabkan amal ibadah juga makin jauh dari Allah. Mungkin kita kena fakir 3 perkara lagi!!
Adakah dengan menggunakan duit yang yang haram itu kita akan selamat, kereta/rumah i2 semua makhluk Allah. Adakah harta benda ini kekal dengan sumber yang tidak baik?
Setiap daging yang haram tumbuh selayaknya api neraka, apakah kita sanggup masuk neraka? Apa jawapan yang patut kita beri bila mana berhadapan dengan Allah kelak?
Sumber yang tidak baik itu juga akan diberi pada anak2 atau isteri. Anak2 yang tidak baik akhlaknya, mungkin juga dari pemberian yang tidak baik…

Semoga dengan peringatan ini, kita akan dapat muhasabah diri kita. Melahirkan umat yang cerdas, baik akhlaknya, jiwa nya sentiasa berada di landasan Islam, berkiblatkan Allah semata, walaupun dengan sumbernya.
Jangan tak ambil kisah, nanti akan membawa resah di akhirat kelak….



15 December 2008

Pendidikan islam yang KIAN PUDAR


Berkata almarhum Sayyid Quthub: “Sesungguhnya method pendidikan Islam bertujuan untuk menegakkan masyarakat yang bersih, tidak digejolakkan pada syahwat pada setiap waktu, dan tdak pula ditegangkan derapan darah dan daging setiap saat. Maka proses tegang yang terus-menerus mengakibatkan gejolak syahwat yang terpendam dan tak terpuaskan. Tipuan pandangan dan gerak-geri menggairahkan, solekan yang dipamerkan, tubuh yang setengah terbuka, semua itu tidak berbuat sesuatu kecuali menimbulkan syahwat kebinatangan dan terlepakan kendali urat saraf dan kehendak”.

Kata2 ini diungkapkan seolah2 beliau tahu apa yang berlaku sekarang. Televisyen kini tak mampu menapis apa yang dipaparkan untuk dipertonton umum. Media hiburan yang mempertonton susuk tubuh artis perempuan untuk melariskan jualan. Sebahagian wanita yang memperagakan hanyalah menjadi boneka segelintir pihak media.

Apakah mereka tidak malu yang sepatutnya hiasan itu untuk tontonan bakal suami? Orang awam boleh melihatnya dengan free? Di mana letak maruah dan harga diri? Apakah mereka desperate?

Ini gara2 pendidikan Islam yang tidak membentengi seluruh umat manusia. Jika semua orang tidak kira orang bawahan atau atasan, berpangkat atau tak berpangkat, tempat kerjanya berhawa dingin atau berpanas hujan, jika ada fikrah Islam, jiwanya takut pada Allah, tahu apa yang diperbuat akan di balas di akhirat kelak, pasti orang akan jaga batas2 syariat…

Umat islam kini begitu mengambil enteng pendidikan Islam. Bagi mereka islam itu hanya amalan ritual semata2. Islam itu perlu dilihat dalam skop yang lebih luas, mencakupi segenap zaman.

Suntikan sosial yang di tiup barat kini penyakitnya sudah menular ke negara2 Islam seluruh dunia. Dengan fesyen pakaiannya entah apa2, alcohol minuman asasi, pub/club2 tempat menghilangkan stress, riba asas pendapatan semuanya acuan yang dibuat barat atas nama modenisasi, kemajuan, pembangunan dan globalisasi…

Kita sebagai umat Islam wajib menekankan pendidikan agama dari awal lagi. Pendidikan Al-Quran harus disuburkan dirumah2 bukan hanya diletakkan untuk menghiasi rak2 buku, ibu bapa sebagai contoh teladan dan penyuntik ilmu2 agama pada anak2 bukan sebagai kilang cop duit, media perlu menapis dan menonjolkan apa yang baik pada penonton bukan menyiarkan crita2 gosip2 panas artis seolah artis lebih tinggi darjatnya dari ulama’, guru2 di sekolah bukan hanya mengajar tapi mendidik anak murid membina jati diri atas nama Islam, kerajaan perlu agresif dan proaktif dalam membina remaja ke arah remaja yang berpengetahuan dan mantap rohaninya jika mahu negara ini kekal merdeka dan dipimpin dengan cemerlang….

09 December 2008

TASAWUF

Penarangan Ilmu Tasawuf ini saya terangkan bagi menjawab persoalan SMS dari rakan saya. Mungkin pengisian saya sedikit ini dapat menjelaskan tentang konsep ilmu tasawuf.

Ilmu fardhu Ain yang wajib dipelajari oleh setiap mukmin terbahagi 3 iaitu: Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tasawuf.(mengikut kadar masing2)

Adapun kadar fardhu ain bagi ilmu Tauhid dan ilmu iqh atau Syara’ saya akan jelaskan di lain lapangan. Kadar fardhu ain bagi ilmu tasawuf pula ialah perkara2 yang berhubung dengan ibadah hati dan perkara2 yang merosakkan amal seseorang. Umpamanya solat yang sah dari segi fiqhnya tetapi jika disertai dengan penyakit ‘ujub, riya’, takabur dan sebagainya, maka amal itu tertolak.(ini saya ambil dari buku keaslian tasawuf, penyusun:Haji Ibrahim).

Kepentingan ilmu Tasawuf, Imam al-Ghazali di dalam Ihya ‘Ulumuddin, beliau berkata:

“Barangsiapa tiada baginya bahagian daripada ilmu tasawuf, nescaya ditakuti atasnya su’ul kahtimah, yakni mati dalam maksiat”.

Syeikh Ibnu ‘Ibad di dalam syarah al-Hikam Ibnu ‘Athaillah berkata:

“Dan inilah, yakni ilmu tasawuf, iaitulah segala ilmu yang sayugia bagi manusia menghabiskan umurnya dalam menuntutnya. Dan jangan merasa cukup dengan banyak dan sikitnya ilmu itu”.

Beberapa prinsip dan konsep asas yang biasanya disebut di dalam kitab2 tasawuf oleh ulama2 tasawuf yang muktabar.

  1. Taqwa
  2. Mempelajari ilmu Tauhid, Fiqh dan Tasawuf.
  3. Zikrullah(bagi saya dalah lebih baik kita tahu zikir yang dibaca adalah ma’thur)
  4. Muraqabah
  5. Istiqamah dan mujahadah
  6. Penjelasan mengenai berbagai2 sifat tercela(mazmumah)
  7. Penjelasan tentang sifat2 mahmudah(terpuji)
  8. Menjelaskan keEsaan Allah
  9. Syeikh atau guru mursyid(belajar dari orang yang faqih, alim dan benar agamnya)
  10. Penjelasan mengenai pengalaman2 rohaniah.
  11. Terdapat Adab2 yang perlu dipelajari.
  12. Konsep Tawasul

Itu sahaja saya dapat sampaikan dalam waktu yang terbatas ini, InsyaAllah dalam lapangan lain saya akan kongsikan lagi. Lagi bagus merujuk guru2 yang faqih dalam bidang ini. Tasawuf ini adalah bidang ilmu tentang ibadah hati, ikhlas dalam melakukan ibadah. Membentuk hati yang bersih, ini merupakan satu sifat mahmudah lagi terpuji....

07 December 2008

islam itu apa?

IsLAm itu Apa?

Soalan ini sy petik dari sahabat yang join forum halaqah.net, saya rasa menarik untuk topic ini di bahaskan. Sedikit perkongsian yang boleh saya sampaikan.

Pertama sekali apa yang kita perlu tahu nama islam itu sendiri sebelum kenal perwatakan di sebalik nama..
Islam berasal dari perataan Arab ‘salima’ yang bermaksud kesejahteraan. Kesejahteraan ini lahir kerana pada dasarnya agama islam diturunkan sesuai dengan firah manusia dan sifat semulajadi manusia. Pada saya kita boleh renung apa yang Allah turunkan lansung takde bertentangan dengan naluri manusia, semuanya boleh dilakuakn dan mendatangkan manfaat bukan sahaja pada diri sendiri malah manfaat pada sekeliling.

“Hadapkanlah wajahmu kamu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah d atas) fitah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu”(Surah Ar-Rum:30)
Imam Qartubi di dalam al-Jamik Li ah-kamil Quran ketika menafsirkan perkataan ‘fitrah Allah’, memandang baik pandangan ulama yang mengatakan setiap bayi dilahirkan dengan persediaan mengenali Tuhannya(Alah) serta syariaat yang diturunkan olehNya.

“Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah adalah Islam” (Surah Ali-Imran:19).

Islam dalam ayat ini bermaksud ‘iman dan taat’. Pendapat ini berpandukan tafsiran yang d buat oleh Imam Abu al-Aliyah dan majority ulama mutakalimun.

Islam itu bukan pada kad pengenalan(IC). Tapi tertegak atas pelaksanaan rukun islam secara langsung membuahkan keparcayaan(rukun Iman) membentuk iman dalam diri manusia…taat pula lahir dari iktiqad kita pada Allah, bila kita dah kenal Allah, tauhid kita betul2 lurus maka menjadi mudah kita melaksanakan apa yang di suruh oleh Allah,InsyaAllah..

Islam itu mudah dan sederhana..