05 May 2009

Ceramah di Kem Malanggang, pelajar2 SMAKK




Pada hari sabtu lepas, saya mendapat jemputan berceramah daripada  Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu(SMAKK) kepada pelajar-pelajar SMA

KK yang mengikuti Perhimpunan Agung Badan Beruniform, iaitu bertempat di Kem Malanggang, Tuaran, Sabah.

Saya bukan pandai sangat berceramah, baru be

rtatih. Sebelum tu, sempat bertanya pada murabbi saya, dia respon “teruskan”. Saya pun makin bersemangat…

Ini kali pertama saya berceramah kepada pelajar2 sekolah agama. Agak gerun juga! Saya pergi brsama 2 orang rakan saya  iaitu Azizul dan 

Fakhrul dan dijemput oleh Ustaz Zulkifli, guru yang mengajar di sekolah sana. Nampaknya ustaz ni pendiam pada awalnya, lama2 kami semakin akrab mana tak nya 2 orang rakan saya memang sudah lama kenal ustaz Zul, Azizul pelajar kelas bahasa Arab dan Fakhrul sorang lagi rakan bekas pelajar sekolah SMAKK.

Sepanjang perjalanan Ustaz Zul memberi gambaran tentang apa yang saya perlu tekankan pada pelajar2 dan kami lebih banyak bercerita tentang dakwah di Sabah. Ya dakwah, memang ladang dakwah di sabah ini sangat subur, tapi kurang orang yang beragama terjun ke m

edan dakwah. Perkongsian antara kami menjadikan gemuruh saya turun pada paras stabil…..

Alhamdulilah kami sampai awal. Tak ku sangka, ramai juga pelajar yang terlibat dalam perkhemahan ni, dah lah hampir semua bersongkok dan bertudung labuh. Alangkah bagus mereka ini terus menjadi kader2 dakwah di Sabah satu hari nanti.  Hampir 200 pelajar itulah yang diberitahu Ustaz pada ku. Pelajar2 yang ter

libat adalah dikalangan Tingkatan 1 sampai Tingkatan 6. Urm, sekali lagi aku teringat Kata2 supaya menyampaikan sesuatu ikut kemampuan akal penerimanya….

selain dapat tahu keadaan dan suasana, kami dijemput makan dulu. Pasal bab2 makan ni, aku memang suka.Hehe…lauk2 pun panas, tapi tak boleh makan banyak sangat, ada sendawa nanti…

Azan maghrib berkumandang, berduyun2 pelajar mengambil wudhuk dan bergegas ke Dewan untuk solat maghrib. Lepas solat maghrib, saya memulakan ceramah. Tapi apa yang membuat saya gementar, ustaz2 ustazah ada sekali join, takpe saya teruskan dan bertawakal wa

laupun ilmu  di dada  sangat cetek. Tajuknya Peranan Pelajar Muslim…aku tekankan aspek pentingnya berilmu, hormat pada ibu bapa, guru, istiqamah dala

m usrah, menghargai ustaz/ustazah untuk pelajari ilmu2 dari mereka dan persahabatan antara satu samal lain….

Alhamdulilah pelajar2 sekolah agama setiap kali di ajukan soalan memang boleh jawab. Respon alhamdulilah tapi itu bukan harapan yang penting mereka ada kesedaran dan mendapat ilmu dan mengamalkanya.

Selepas itu kami pun solat Isyak, sekali lagi Ustaz menyuruh aku jadi Imam, malunya…selepas solat aku bersalaman dengan pelajar dan kami berbual panjang dengan Ustaz2 di sekolah sana. Soalan lazim yang ditanya “enta sekolah mana dulu?”. Macam biasa saya jawab, “sekolah biasa2 jer”…Tarbiyah berterusan yang menjadikan saya istiqamah dan cintakan ilmu….

Selepas itu pun kami pulang dan dihantar oleh Ustaz Zul, sebelum kami singgah di restoran, makan lagi! kawan2 aku ni memang kuat makan betullah tapi saya pun tak ketinggalan.hehe…di situ Cikgu Zul, bercerita panjang lebar dan berkongsi masalah ummah yang melanda. Banyak juga pengetahuan yang kami peroleh….syukur ke hadrat Allah s.w.t. memberi ruang untuk saya berdakwah dan belajar memperbaiki penyampaian..

01 May 2009

JOm Heboh: Dr. Zambri langgar arahan Mufti???



Dato Sri Harusani Hj Zakaria; Mufti Kerajaan Negeri Perak- Pejuang Aqidah AhlusSunnah


IPOH, 24 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jo
m Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbar
nya semalam.

Menurutnya merujuk ke
pada keputusan Majlis Mufti
-Mufti Malaysia yang dibuat pada
 30 Julai 2004 memutus
kan bahawa konsert Sure Heboh (sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah ha
ram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. 


Pandangan putra_alkahfi...
sepatutnya umara' merujuk pada ulama'. lihat sahaja zaman khalifah Islam dahulu, meminta pandangan ulama' dalam satu-satu hal. begitu juga manusia awam yang lain, sedarlah bahawa kita ini dah lah jahil, adakah kita nak jawab depan Allah s.w.t. di akhirat kelak, kita buat dosa atas sebab bodoh sombong kita?

sepatutnya kita lebih takutkan azab Allah dari keseronokan sementara di akhirat kelak.

perkara ini mengingatkan saya menjadi pimpinan pelajar dahulu. ada yang mengatakan saya ini jumud? kolot? tak bersifat perpaduan? berlakon lah tu tak suka hiburan?

Boleh berhibur. saya bagi nyatakan garis panduan ikut pandangan Imam Al-Ghazali dan ulama'2 zaman sekarang. dah, klu tak nak ikut, tak perlu buat. Kalau nak buat juga, kena ikut. saya tak nak bawa dosa2 ini kat akhirat, menyesal kat dunia lebih baik dari menangis kat akhirat. ada panduan dalam berhibur dalam Islam, saya tak kata haram pun.

manusia lebih selesa dengan duduk kerusi yang empuk, kehidupan yang mewah, pangkat yang dipegang, kuasa di tangan tapi tak pernah fikir bahawa itu hanyalah UJIAN dan BOLEH DITARIK BALIK bila2 sahaja. ingatlah seluruh ada di bumi dan langit, ALLAH yang pegang bukan ditangan manusia yang kotor.

akhir kata, penganjur sepatutnya menggariskan panduan dalam berhibur. nak buat konsert, tapi biarlah teratur, tidak terlalu bercampur, jaga batas2 syariat. cukuplah gejala sosial yang tak pernah turun, adakah kita nak naikkan saham dosa dan saham dalam peningkatan gejala sosial??? jangan sekali2 kita angkat darjat artis dari dari Ulama'....

Dialog bagi orang2 yang mengabaikan ayat2 Allah.
"Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta"

Dia berkata, "Ya Tuhanku, mengapa Engkau kumpulkan aku dalam keadan buta, padahal dahulu aku dapat melihat?"

Dia (Allah) berfirman, "Demikianlah, dahulu telah datang kepadamu ayat2 Kami, dan kamu mengabaikannya, jadi begitu(pula) pada hari ini kamu diabaikan"

Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat2 Tuhannya. sungguh, azab di akhirat itu lebih berat dan kekal.(Surat Taha:124-127)

idea: www.peminggirkota.blogspot.com
edit:putra_alkahfi