14 February 2009

Bisa – Bisa Cinta



Hukama pernah berkata “Untuk bahagia, cintailah sesiapa yang menyintai anda, bukan sesiapa yang anda cintai”

Lembaran kali ini sesuai dengan kehangatan ‘hari kekasih’ sama sekali tak valid dalam islam. Saya cuba untuk memperingatkan couple2 di luar sana tentang ‘hari kekasih’ ini. Banyak peristiwa/cerita nak kongsi.

Banyak versi tentang valentine day ini, namun bukan saya nak cerita tentang valentine day ini. Ini sama sekali tidak dapat dicegah jika masih ada orang2 yang menjadi hamba nafsu semata2.

Manusia yang hidup bernyawakan nafsu cinta ini, bukanlah menjadikan Allah sbagai kiblatnya tetapi cinta manusia jadi remote controlnya. Mana tidaknya, jika pasangan ini bahagia(tiada masalah macam salah faham ker, cemburu ker atau lain2), bahagia mereka tampak di wajah mereka seperti senyum tak kena tempat(tengok cerita sedih pun masih senyum), maklumlah nampak buku ingat kekasih, tengok cermin nampak kekasih sampai tengok mangkuk tandas pun ingat kat girlfriend. Ish2….hebat cinta diorang ini…mere mohabbat he! = segala2nya kerana cinta(ayat filem Hindustam)

jika ada masalah dalam hubungan(cemburu, gaduh2, sms tak berbalas, kol tak angkat), gelisah, marah, skit punya hal pun nak marah, nak gurau lagi lah tak boleh, mula lah keluar ayat2 mandi pun tak basah, makan pun tak kenyang(tak baca bismillah tapi depan awek buat2 baca doa makan sikit punya panjang), ini semua lakonan manusia yang pengarahnya tak lain tak bukan syaitan laknatullah.

Kawan saya pernah tanya, macam mana nak nasihat orang bercinta???

Bijak pandai pernah berkata, “Jangan dibawa berbincang tiga golongan manusia. Pertama, yang sedang lapar, kedua, yang sedang sakit, dan ketiga orang yang mabuk cinta”.

Orang2 yang lapar hanya memikirkan perutnya. Orang yang sakit hanya memikirkan sakitnya tetapi bagi orang yang sedang mabuk cinta, mereka beranggapan mereka berada di awang2an seperti orang lain tidak nampak mereka buat. Lihat saja, di dalam bas, komuter couple2 ni tak segan silu bercumbu(saya pernah lihat bulan pose lagi tu), berpelukan seolah2 tiada perasaan malu. Belum tentu mereka menjadi suami isteri, mahukah kita menerima orang yang ‘second hand’??? jangan jadi habis madu sepah dibuang dah lah…

Sabda Nabi s.a.w. bersabda:

Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat Al-Bukhari)

Sesiapa yang tidak malu pada manusia, maka dia tidak malu dengan Allah(Riwayat At-Tabroni)

Nak nasihat orang bercinta ni, bila dia putus cinta(bukan nak doakan tapi bila cinta bukan atas dasar kerana Allah pasti tak kekal lama)… dari situ la, kita bina tauhidic mind set diorang. Bila ada orang akidah dalam diri mereka mereka akan cuba elak dari melakukan perkara2 tak elok(kalau takut buat jugak benda tak elok, JANGANLAH BERCINTA, SIAPE SURUH!!)

Versi cinta ala Bollywood dan Hollywood ini menjadi2 di kalangan rakan2 yang mengaku muslim tapi budaya hidup mereka tak ubah macam orang barat.

Kata pantun;

Nasi lemak buah bidara,

Sayang selasih hamba lurutkan,

Buang emak buang saudara,

Kerana kasih hamba turutkan…

Saya akui semua perasaan ini ada pada kita, tapi kawallah, lagi afdhal tak bercouple.

Nabi Adam a.s pun kesunyian dan inginkan teman disyurga, lalu Allah menciptakan Siti Hawa sebagai pasangan baginda… rasa cinta pasti ada… pada makhluk yang bernyawa.

tapi jangan jadi ia sebagai hijab kita beramal dengan amalan ahli syurga…

01 February 2009

BisaKah???







Bisakah BerCinta?

Selepas solat asar berjemaah, aku dan seorang akh(junior) macam biasa baca Ma’thurat(amal2 ni nampak kecil, tapi sejauh mana kita istiqamah???).

Bukanlah saya kata sampai tahap wajib, kerana ia mengandungi ayat2 Quran zikir2 yang ma’thur dan thabit dari Rasulullah s.a.w….merupakan sebahagian doa dan dapat muhasabah diri kita yang dhaif…

“innal insana khuliqa Halu’a” maksudnya sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam keluh kesah)

Mungkin soalan ni dah lama tersemat di hati adik ni..dia mulakan bicara di sudut surau..

“Bang, nak tanya skit”..adik ni memang selalu bertanya…biasanya dia ajak diskusi agama(dia pun tak kurang hebat ilmu agama ni, dah bertahun ditarbiyah), alih2 dia nak tanya..

“abang ini bukan arif sangat…takpe ar tanya je. Mana tau kita bleh kongsi” balas aku.

“bang, saya malu ni”. La, tiba2 dia malu knapa plak, detik hati aku. Aku pun balas “bantai je..”

“macam ni bang, saya ada terdetik perasaan dengan seorang muslimat, bleh tak kami…….???”

Even bab cinta/mahabbah tak de dalam silibus halaqah, insyaAllah dengan pengalaman yang didasari, tiang agama jadi kekuatan, roh islami kawalan emosi, fikrah tarbiyah yang kami ada insyaAllah saya cuba…

“begini dik, perasaan suka, sayang dan cinta itu semua fitrah…tak mampu kita nak tolak”. Mukadimah ni nampak dia setuju.

“Agak2 perasaan ni datang dari siapa? Adakah dia betul fitrah yang di anugerahkan Allah ATAU bisikan musuh Allah?” Saya sambung.


“Abang pernah baca Tok Guru Nik Aziz pernah cakap, Apa jaminan kita tidak melakukan perkara2 tidak baik/maksiat selepas kita luahkan perasaan…..kata2 tok guru ni, yang abang faham, selepas kita luahkan perasaan, comfirm kita makin rapat(kebanyakanlah), kalau masih si perempuan/ si lelaki masih single la , kalau dah ‘berpunya’ comfirm frust”…

Biasalah kalau dah couple, tak tahu nak tanya ape
ayat2 cinta jadi siulan, gambar jadi ratapan, biar tak minum dan tak makan, ibadah pun ambil ringan, semua punca syaitan…..(ayat aku sendiri ni)

“bagus juga luah ni, at least kita dah bagitahu, tapi kita luahkan untuk apa? Nak kahwin dah??”..

“belum lagi bang”Adik ni pun jawab.

Jawapan pun ni memang dah expect pun, tazkirah aku masuk gear satu balik.

“Dik, sebaikmya kita ni bercinta bila kita dah betul2 bersedia. Atau bercinta lepas kahwin”



“Murabbi abang cakap, bila makin lama ditarbiyah ni, pada satu masa perkara yang tak penting dalam dakwah ini akan ‘terputus’ dengan sendirinya” aku cakap apa yang terlintas.

“Lagipun dik, kita yang ada kefahaman agama ada fikrah, bleh ker hati kita tenang masa kita sembahyang pada masa yang sama kita ada perasaan untuk orang lain? Kita melakukan ketaatan pada masa yang sama kita melakukan maksiat kat Allah s.w.t.” Rasanya time ni paling sesuai naik ‘gear yang lebih tinggi’…

“Klu susah sangat nak faham, masa kita solat, khusyuk adalah perkara penting(sebab dia roh solat, takde kesan jika solat tak khusyuk dan ikhlas), apa jaminan kita tak ingat ‘si dia’ sedangkan khusyuk perlukan hati sepenuhnya kepada Allah, dah lah macam2 fikir tambah lagi perkara lain”

“Kita pun tak tahu cinta sebelum kahwin ni ‘valid atau tidak dalam islam’ kan, contohlah kita jadi imam(sambil tunjuk ke arah tempat solat imam), kita rasa kita layak ker sedangkan di belakang kita ada hati yang lagi bersih”

Dia pun terhangguk2, aku ingat nak pick up laju skit. Idea2 bertalu tapi aku takut juga aku terbabas…

“itu pandangan abang je, kita ni masih duduk dalam tarbiyah, masih study, apa kata kita tumpu masa yang ada ini untuk study, kumpul seberapa banyak ilmu, bersihkan hati kita yakin lah kita akan dapat pada yang baik”

“ihfazillah ya fazhka” maksudnya “Jagalah/peliharalah perintah Allah, nescaya Allah akan memelihara kita(sepanjang masa)”.

“alangkah lebih baik, kita cintai Allah dahulu, Rasulullah dan ada yang di depan mata kita…siapa??? Mak ayah kita lah”

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya “barangsiapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia akan dapat mearsai kemanisan iman:
Jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya yang lain.
jika ia menyintai seseorang, tidak lah ia mencintai kerana Allah
Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka.

“mak ayah kita buat macam2 untuk kita, ayah keluar bekerja bagi duit kat kita, ibu yang jaga kita dari kecil sampai dewasa”

“sapa dulu yang akan risau kalau kita sakit?? Siapa yang selalu fikir makan dan minum kita, makan ker dah belum??? Mak ayah kita!” merekalah orang pertama2 sekali…

kenapa kita perlu melebihkan orang lain, sedangkan mak ayah kita yang sudah pun menunjukkan pengorbanan, tapi kita masih nak curahkan cinta kita pada orang yang belum pasti jaga makan-minum, sihat-sakit kita.

“Subhanallah” itulah yang terpacul dari mulut adik aku tadi sambil mengeling2 kepala….

Fikirlah baik2, walau aku tak menjawab soalan, aku yakin persoalan2 tadi akan menjadi timbang tara bagi dia….itu terpulang pada diri masing2.

Apa yang aku cakap tadi adalah sedikit peringatan untuk diri aku juga yang tak putus2 bisikan syaitan yang selalu menganggu diri kita untuk leka pada khayalan buatan yang takde jaminan ISO nya. Berdasarkan pengalaman lepas banyak mengajar jugak.

Banyak lagi benda yang kita kena fikir, lagi2 siapa yang sekarang ditarbiyah dan ingin jadi Da’ie. Bukanlah bermaksud kita tak boleh bercampur dengan muslimat atau perempuan lain, kalau untuk dakwah insyaAllah(bukan bercinta ar). Klu nak study group, nak berorganisasi, nak belajar agama ker dan perkara2 yang baik, tak jadi masalah. Yang masalahnya bila bercouple…..


Islam bukanlah agama sempit tapi menjaga kesucian diri/kehormatan dan maruah.
Islam bukanlah retorik tapi agama yang praktikal dari hissi dan maknawi
Islam tidak membataskan tapi ada ruang yang disediakan iaitu pernikahan….