26 February 2012

Nota jari kaki SPKK

Adalah hendak dikisahkan semasa aku berLatihan Industri...Aku membulatkan tekad pergi bertolak ke Ipoh selepas transit ke Kuala Kangsar. Adapun tujuanku kali itu untuk bertemu ikhwah dan murabbi selain menyertai SPKK. Sungguh, aku seorang sahaja dari UMS.Yang lain, bakal jurutera dari UTP (Universiti Teknologi Petronas).

Duhai, sebelum madah mukadimah ini berjela-jela panjangnya, maka aku teruskan ke bicara utama. Catatan aku yang cacat tiada lengkap ini dari program Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan (SPKK).

13 February 2012

Satu tajuk komik...Misi 10A

  Pernahkah anda fikir, komik boleh jadi wadah informasi yang bagus? Jika pernah, anda memang berfikiran jauh. Sebab saya juga baru sedar akan potensi komik sebagai medium maklumat yang menyeronokkan.Baru sedar, sejak 4 tahun lepas. 

Antara komik terbaik saya......

Ianya satu perkara yang bagus bila mengimbau kembali kisah ini....Ini senarai komik pilihan saya dan rakan-rakan...dan tidak mengikut ranking.
Noble yet difficult
The Moon and her son
My Chemical Room mate
Erin_Eri's Double
Erin_too good to be true
Dan yang di bawah ini pilihan saya sendiri, genre komik yang mula-mula saya mesrai...Komik lawan-lawan! Sebabnya dari sekolah rendah hingga sekolah menengah saya sentiasa mengulang kaji komik Pendekar Laut dan Wira Tunggal. Strok pelukisnya, Wan Yat Leung melekat kuat dalam gaya saya....Nikmatilah.....

04 February 2012

KOMIKUS, BOLEH JADI/JANGAN JADI TIKUS!

DENGAN KEHILANGAN LAPTOP UNTUK EDIT KOMIK, DAN KONKONGAN DI PULAU LANGKAWI....IDEA SAYA TIDAK BERKEMBANG...BAHKAN AKSES INTERNET JUGA MENJADI SUKAR...
Alamak, saya taip dalam huruf besar ye, maafkan budak ini.
Selama bekerja lama di kedai bebas cukai, akal dan nurani saya menjerit-jerit, " Wahh, bila aku boleh buat komik ni!" Anda tahu, kita juga menderita berada dalam persekitaran yang tidak memahami kita, yang saya yakin menimpa pada mereka yang istiqamah dalam menjadikan Islam sebagai pegangan mutlak. Tiada ihkwah lagi, bahkan tiada cendekiawan yang mampir dengan saya. Ahli akademik manalah yang membuang masa membeli sakan di kedai bebas cukai? Melainkan mereka ada sebab yang kukuh...seperti melancong. Dari kedai itu sahaja saya tahu, pelancong tempatan yang banyak membeli, sedang pelancong asing memilih untuk "membeli tingkap" (window shopping), sekadar lihat-lihat sahaja barangan di kedai. Hmm..pelancong tempatan perlu anjakan paradigma.
fanart saya untuk cerpen KOMSAS dulu...Annys Sophillea