1. Adalah pada satu hari, selepas penat balik praktikal di ZOO TAIPING, saya bersama Ustaz Tuan Azman dan Cikgu Zul (YDP ISMA Bahagian Taiping), menaiki Nissan Grand Livina menuju ke Bertam (perlu diingati ini bukan Ulu Bertam, Melaka tetapi di Kepala Batas, Pulau Pinang). Memang tiada lagi tertahan-tahan untuk mendengar isi ucapan Prof Dr. Mohamed Hisham Hosni Saqar, penulis buku Ghulam Ad-Dakwah yang juga pensyarah Al-Azhar, di samping rasa suka kerana menaiki Grand Livina walaupun gerun juga dengan kelajuan 110 km/j yang macam mahu melayang-layang sahaja (bergantung pada jenis kereta).
2. Sekitar pukul 8.30 malam, barulah sampai di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas. Selepas parkir di kawasan khas yang disediakan, dengan rasa menggeliat otot yang kebas di tempat duduk kereta Cikgu Zul. Dapat masuk ke dewan utama. Kosong.
29 July 2011
20 July 2011
BANDUAN PENJARA...ADA YANG HEBAT
Saya percaya bahawa ramai yang mencemuh sesetengah orang yang pernah memasuki penjara. Oh, bukan warden penjara tapi penghuninya yakni banduan penjara. Dalam masa diktator memegang tampuk kuasa perintah, insan yang tidak sepatutnya berada dalam penjara boleh sewenang-wenangnya dihumban ke tempat yang jauh tahapnya daripada mencapai keselesaan. Buat anda yang berada di asrama bersyukurlah dengan fasiliti hostel kalian.
Banduan penjara yang didapati bersalah atas jenayah dan kesalahan lain, itu tidak kita nafikan mereka patut dihukum. Kali ini saya menyenaraikan beberapa nama yang pernah masuk penjara dan mereka ini bukan penjenayah bahkan berjasa besar lagi pada tanah air mereka dan juga umat manusia.
Banduan penjara yang didapati bersalah atas jenayah dan kesalahan lain, itu tidak kita nafikan mereka patut dihukum. Kali ini saya menyenaraikan beberapa nama yang pernah masuk penjara dan mereka ini bukan penjenayah bahkan berjasa besar lagi pada tanah air mereka dan juga umat manusia.
Syed Qutb : Pengarang kitab Haazad Deen, dan Maalim fit-Tahriq
Nelson Mandela : bekas Presiden Afrika Selatan
Sekali lagi, Malcolm X atau Haji Malik Asy-Syabaz. Beliau diperkenalkan pada Nation of Islam
semasa berada di penjara. Berbeza dengan Syed Qutb dan Nelson Mandela, Haji Malik dimasukkan ke penjara atas kesalahan jenayah. Selepas itu barulah beliau menjadi orang yang hebat.
Buya Hamka, ulama Nusantara yang menulis buku Tafsir Al-Azhar dan novel Tenggelamnya Kapal Van der Wick juga pernah masuk penjara.
19 July 2011
4KOMA : ISI HATI MARZUKI
Saya minta maaf kerana lamanya saya tidak hasilkan komik. Maka, sedikit cendera hati pada semua.
Ini komik 4 petak atau yonkoma/4koma dalam bahasa Jepun. Santai membaca kisah adik rambut multicolor.
Ini komik 4 petak atau yonkoma/4koma dalam bahasa Jepun. Santai membaca kisah adik rambut multicolor.
15 July 2011
SATU CADANGAN.....
Tengok kertas ni. Poyo tak aku?
Saban hari ada orang cerita pasal you, sama ada berperisa pujian, berulam fitnah mahu pun gosip sok-sek sok-sek. Jadi you mungkin sangka I ni pun nak umpat you.
Eishh, mana ada! I tulis ni bukan untuk maki hamun you, betul. Tapi I tak berani sumpah laknat macam Datuk Eskay tu. You takkan tak tau, bila dah famous mestilah ada orang kata pasal you. Lepas tu you bising kata orang dengki, you marah bila orang kata you poyo. Oppss! I tercakap you poyo. Haha! Jangan ambil hati ye.
Tadi I letak tajuk entry ni pasal cadangan kan. Ha, ini I ada cadangan untuk you, nanti boleh you jadi pengarah versatile gitu, ala-ala Nagoya Textile. Kalo you ada baca kat pautan ni, you senang-senang je dapat cop poyo. Pasal dia kata:
"I feel boring with Syamsul Yusof Haslam acting career. Syamsul Yusof Haslam always does same character in his drama. “Rich and macho young guy with hot tampered attitude and angry with no reason”, I wonder his attitude same with his acting in drama?"
Oh, you nak tau cadangan I? I nak you Syamsul Ghau Ghau, eh Syamsul Yusof directlah movie pasal orang yang kena tindas pula. Macam mangsa mat rempit ke, kisah Orang Kelainan Upaya (OKU) kot, tak pun kisah keluarga banduan penjara juga, pasal tahanan politik pun lagi best. Ini bila you dengan spesies you buat filem, mesti martabatkan bohsia dengan mat rempit. You tak kan tak tau, dahlah golongan tu bawa masalah, you senang-senang angkat diorang jadi hero.
12 July 2011
Pasca PPSMI
Prof Dr. Teo Kok Seong, " ....bahasa Melayu perlu digunakan dalam kuantiti yang banyak dan kualiti yang baik agar ia berkembang."
(Dari segi akademik zizularts memang sangat setuju dengan kenyataan Prof Dr. Teo Kok Seong. Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu).
(Dari segi akademik zizularts memang sangat setuju dengan kenyataan Prof Dr. Teo Kok Seong. Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu).
10 July 2011
KERANA MANISNYA EPAL (beserta fan art)
Isu sastera sensasi sekarang tentulah pada novel Interlok karya Abdullah Hussein, Sasterawan Negara. Dek kontroversi itu, ramai yang dahulunya tidak tahu akan novel tersebut tergesa-gesa mencari novel Interlok tersebut, yang hanya dihargai apabila buku dibakar. (Kata-kata tentang buku hanya dihargai apabila dibakar ini dipetik dari Nisah Haron.)
Dahulu, isu sekitar sastera juga panas bila difokus kepada politik tanah air sekitar tahun 2000, oleh buku bertajuk "S**T" oleh Dato' Shanon Ahmad. Pada masa kisah buku itu disensasikan, saya masih lagi bersekolah menengah. Saya, persis remaja yang lain, tidak alim, selalu bermain, malas buat kerja sekolah, namun dengan usia mentah itu saya berpeluang pula membaca karya S**T itu. Namun sudah resmi budak mentah, saya berhenti pada mukadimahnya, yang berkisar pada definisi S**t itu. Teksnya bukanlah berisi najis pun, maka masa itu saya terfikir apa yang sensasinya buku ini selain tajuknya.
Dahulu, isu sekitar sastera juga panas bila difokus kepada politik tanah air sekitar tahun 2000, oleh buku bertajuk "S**T" oleh Dato' Shanon Ahmad. Pada masa kisah buku itu disensasikan, saya masih lagi bersekolah menengah. Saya, persis remaja yang lain, tidak alim, selalu bermain, malas buat kerja sekolah, namun dengan usia mentah itu saya berpeluang pula membaca karya S**T itu. Namun sudah resmi budak mentah, saya berhenti pada mukadimahnya, yang berkisar pada definisi S**t itu. Teksnya bukanlah berisi najis pun, maka masa itu saya terfikir apa yang sensasinya buku ini selain tajuknya.
09 July 2011
FRAGMEN CERPEN: DIALOG SUBUH
"Awak, mari kita renung firman Tuhan melalui Ayat 36 Surah Saba' ini: Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
"Saya melihat ayat ini sebagai janji Tuhan bahawa rezeki untuk umat manusia itu relatif sifatnya, bergantung kepada rencana Tuhan yang penuh misteri kerana bukankah Tuhan itu Maha Mengetahui? Tetapi cuba awak perhatikan, tidak sekali Tuhan mengatakan rezeki-Nya akan habis. Ayat 39 surah yang sama turut mengulang konsep 'relativiti rezeki' ini, namun sekali lagi, Tuhan tidak menyebut tentang kepupusan kurniaan-Nya yang dihadirkan dalam pelbagai bentuk itu. Sebaliknya, Tuhan melanjutkan penerangan melalui Ayat 27 Surah Asy-Syuura: Dan jikalau Allah melapangkan rezeki pada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba- hamba-Nya lagi Maha Melihat."
Klik dekat sini untuk bacaan penuh.
Saya kena hormat kepada karya Rebecca Ilham, seperti mana karya penulis lain.
07 July 2011
PANDUAN: uNtuk Pengunjung Z00
Ini jaguh bina badan dalam semua haiwan di Zoo Taiping.
SELADANG/ Malayan gaur
Setelah beberapa lama saya menjalani Latihan Industri di sini, sementara otak dan perasaan saya sudah tepu melihat haiwan-haiwan dalam Zoo Taiping & Night Safari, gelagat mereka yang mengunjungi zoo tidak berhenti untuk menghiburkan saya. Yang paling geram mestilah dengan kedatangan anak-anak kecil yang sungguh err..kecil (semestinya) dan comel. Apa pun, saya juga merasa simpati jika lawatan mereka dalam zoo ini tidak setimpal dengan bayaran tiket yang mereka beli.
Saya tidak boleh berlagak saya tahu semua, dan tak semua saranan saya ni wajib dituruti satu-persatu. Terpulang, tapi ia untuk keselesaan anda nanti. Maka saya perturunkan saranan ini mengikut pendapat saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)









