31 May 2011

30 May 2011

LYNAS: Hasil akhir nanti....

Panel semakan projek yang sangat berbahaya: Pembinaan kilang proses nadir bumi di Gebeng nanti akan mengeluarkan keputusan pada hujung bulan Jun 2011, Insya Allah kita doakan agar bencana itu tidak menimpa. Maka sebelum berlaku keputusan itu, sudah ada desakan daripada orang Kuantan. Jika motivasi kepada projek kilang ini adalah wang, itu sangat tidak patut.

Apa pun, pembinaan kilang itu memang berlaku sekarang. Kita sahaja yang tak nampak, buat-buat tak nampak.
Daripada meneruskan projek kilang yang bakal membawa berkali ganda lebih celaka daripada kejadian Bukit Merah, saya amat menyokong kepada pembinaan insenarator yang dapat menyelesaikan masalah pelupusan sampah. Itu sebaik-baik sumbangan selain daripada klise "membawa masuk pelaburan asing".

Sila faham, ini bukan isu politik, pandanglah dari sudut kemanusiaan, kesejahteraan alam, dan kepentingan umum juga. Serta bukan beban yang hanya diterima orang Pahang sahaja. Beban kita semua, kerajaan dan pembangkang, NGO dan masyarakat.

29 May 2011

CORAK PRODUKSI VILLAIN: GAYA HOLLYWOOD

Dua hari sebelum saya bertolak ke Taiping, atau lebih tepat lagi Changkat Jering yang berdekatan Taiping, saya berkesempatan untuk melihat dokumentari Hollywood's Greatest Villains. Bersiaran dalam History Channel di Astro, pada masa itu saya sentiasa bawa remote control Astro agar tak ditukar siaran oleh anasir-anasir lain yang datang dari adik saya, adik tiri saya dan saudara mara belah mak tiri saya yang pasti akan menukar siaran melihat ulangan Akademi Fantasia yang memualkan itu. Saya ubah suai sedikit dari dokumentari tu.

25 May 2011

ENGLISH_TOO GOOD TO BE TRUE

No new comic, just revisit one of my finest comic......on scam. Now Erin is going to speak English. Why, you ask? Because it's in English version. Please read this, guys.

22 May 2011

KUNGFU PRODIGY IZATI

At last, I made it, one comic in English, based on the Bahasa Malaysia version. Sorry for the bad translation, I tried but it didn't work as I figured it was. Just enjoy and read it. And let's learn one English word: Prodigy. Prodigy means a person at young age with exceptional abilities or talented. Meaning, orang pada usia muda yang memiliki kebolehan tertentu atau sangat berbakat.

17 May 2011

SILENT SPRING

Pertama kali saya mendengar tajuk buku karangan Rachel Carson ini semasa tahun 2007, tahun pertama saya menjadi mahasiswa di UMS ini. Sampai ke hari ini saya teringat tajuk buku ini, namun terlupa nama pengarangnya, bermula Rachel Carol, Rachel Adams, dan Rachel. etc. Saya juga manusia yang pelupa.

16 May 2011

PROMOSI

Lukisan AZIZUL SHAHARUDIN sahaja tidak mencukupi untuk menyampaikan mesej agama...
Maka kalian boleh klik sini

04 May 2011

OSAMA DAN OBAMA

Yes, recent headlines told us about this "Osama" has been killed, and Obama declared (holiday?!) they have been working on it all along, and makind it a huge success story of White House. No one can hide forever from the US Military. Nuff said....Cakap Bahasa Melayu lah....

Ini adalah gambaran dari Jabatan Pertahanan USA yang disiarkan oleh Berita Harian hari ini., 4 Mei 2011. Namun, adakah jika semua maklumat adalah dari White House atau Pentagon, kita kira semua benar? Hei, kita bukan orang bodoh yang hanya membaca kisah gosip dan sogokan media perdana seperti Utusan dan Berita Harian.....

Tiada BUMI yang Kedua...


Bumi akan makmur, bermula pada manusia dahulu. Sebab bumi ini hanya satu sahaja. Tolak ketepi teori kosmos bipolariti, yakni dalam satu alam lain, ada satu lagi bumi...Ada satu lagi diri kita di sana, ada satu lagi Nabi Adam di sana, ada satu lagi Nabi Muhammad di sana, dan...STOP! Isu ini tidak menambah iman pun dan bercanggah dengan agama pula.

Maka, teori di atas bolehlah kita anggap pseudoscience. Ya, pseudoscience seperti mana kita percaya ada bigfoot dan yeti, mempercayai jenis darah menentukan personaliti. Apa pun, ini isu yang lebih besar daripada kes Lynas di GEBENG itu. Aku pun tak banyak idea untuk menulis, melonggokkan maklumat pun akan jadi serabut nanti.

Yelah kan, cerita pasal isu alam ini bukan kerja agama rupanya. Isu qunut tak qunut tu barulah hal agama, kan? Hahaha....