29 April 2011

GO GO GREEN...DEEN...

Kredit kepada Nazyak.

Mungkin ini jawapan kepada tulisan Bila Islam Mundur, Bumi Derita. Pelukis ilustrasi ini dah membantu saya tanpa perlu teks yang panjang lebar lagi....Terima kasih kepada beliau...

27 April 2011

KERDIPAN KELIP-KELIP

Azizul Shaharudin sudah melepasi viva voce, dalam kata lain ujian mempertahankan tesisnya. Ini adalah petikan dari Bab 1 Pendahuluan dan Bab 2 Ulasan Penulisan tesis beliau yang bertajuk: Kajian Ekologi kelip-kelip (order Coleoptera: famili Lampyridae) di habitat hutan paya bakau Sungai Beringgis, Sabah


25 April 2011

PENULIS DAN PENULISANNYA

Berguru dengan buku agamawan dan ilmuwan pun boleh sesat, bagaimana pula tatkala terjumpa buku penulisan penulis yang menyesatkan? Saya tidak membaca buku ini, tetapi ulasan oleh pembaca lain dah banyak yang menguatkan kebenaran: Pemikiran Salman Rushdie sangat dahsyat dan memesongkan.

Dan terjumpa pula satu lagi buku dia di kedai buku Harris, 1Borneo.Apakah?

20 April 2011

BILA ISLAM MUNDUR, BUMI DERITA





Saya pernah membaca kenyataan Dr Jeffery Lang pada satu waktu dia masih ateis, sebelum menjadi Muslim yang setia; Jika Tuhan ada, kenapa masih lagi berlaku perang dalam dunia ini?
Kenyataan itu pun pernah diulang oleh Gautama Buddha, yang menjadikan Buddhism satu fahaman, bukannya agama. Jadi jangan hairan dengan kawan Tionghua kita yang non-muslim kata dia ni BTC, adakalanya Buddha, ada masanya Taoist, dan pada masa yang lain pula Confucius.

Menyalahkan Tuhan atas kezaliman diri sendiri, memang tak patut.Perang, pencemaran, kes jenayah yang melampau-lampau kita tak percaya akan statistiknya adalah bahana pada perlanggaran fitrah manusia.
 Mahu mengharapkan penyelamat macam Captain Planet dengan deklarasinya: "By your powers combined, I am Captain Planet!" kena usaha sendiri. Entah macam mana, saya teringat kartun ini yang saya tonton pada usia kanak-kanak dulu (1995-1998), superhero dengan kesedaran alam sekitar.

Kuasa super tu mungkin atau tidak wujud adalah persoalan lain. tapi saya pasti ada yang berusaha secara super setanding Captain Planet untuk dunia ini. Kaedahnya ada: Islam tanpa perlu penonjolan label jemaah itu, jemaah ini. Saya mendapat quote ini; Dunia kini derita dengan mundurnya Islam, atau umat Islam.

11 April 2011

CERITA KEDAI KOPI



Masing-masing ada masalah sendiri
masalah dunia masalah peribadi
luahkan jangan simpan dalam hati
boleh cerita di kedai kopi.


Cerita kedai kopi,
cerita kedai kopi,
Tiada hakim tiada saksi,
Cerita sensasi di kedai kopi.


(Malique, cerita kedai kopi)



Saya tak main kedai kopi, maka mari pergi ke outlets yang lebih umum. Kedai makan.
Perbincangan hebat sebenarnya berlaku di tempat yang ringkas. Tapi kedai kopi mana ada Lembaga Penapisan Mulut, yang macam berperanan Lembaga Penapisan Filem. Tiada hakim tiada saksi, maknanya tiada siapa yang dipaksa bersetuju dan menolak bulat-bulat butir bicara di kedai kopi. Jadi bagaimana debat parlimen diadakan di kedai makan/ kedai kopi?

Saya menikmati kopi, dan saya menggemari teh. Tiada masalah, kerana sekarang saya berpantang dengan air sejuk (dibubuhnya ais dalam gelas).
Apa pun, daripada mengumpat bergosip sok-sek sok-sek, jom berusrah di kedai kopi. Sekali-sekala.Setiap butir bicara menambah pahala. Moga ilmu dan pengetahuan kita terpakai untuk tapis sendiri isu-isu sekarang. Dengan kes video Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes Sabrani, kes pegawai kastam disyaki mati bunuh diri, isu Pilihan raya di Sarawak. Kes PKFZ, isu enjin jet hilang, kapal selam tak boleh menyelam yang lepas-lepas itu pun masih lagi tidak selesai lagi.

Sudah sudahlah nak berebut jadi jaguh isu. Fikiran kita tidak patut ditentukan media. Kita boleh fikir sendiri lah.

Oh, Malique kena buat versi lain lagu ni. Cadangan tajuk: Berliqa' di kedai kopi. Berliqa' di kedai kopi. Terbukalah, sini bukan Mesir, nak usrah underground.
Kopi O', baunya menusuk hidung....Panas dan menyenangkan tekak. Alhamdulillah.

02 April 2011

TOO Good TO Be TRue_Summary

Tak perlu tulisan artikel kali ni. Baca je komik ni untuk kisah Erin sebelum ni.

Okey, kau nak tanya aku...Apasal bawa isu lapuk ni? Isu skim cepat kaya ni? Baik, aku jawab. Tahun 2007 dulu dah heboh pasal Swisscash. Tahun 80-an dulu kes Skim Cepat Kaya Pak Man Telo. Memang skim penipuan akan dihebohkan selepas modus operandinya terbongkar. Kau tahu, aku pun tahu...

Lepas kira-kira 10 tahun benda ni senyap, dia akan muncul balik. Dengan teknologi sekarang dan yang lebih maju pada masa akan datang, skim macam ni akan lebih kerap muncul. Kau setuju? Aku dapat point ni dari Azizi Ali. Sebelum maruah kau tercedera, dan wang kau lesap dengan cara ditipu hidup-hidup, aku kongsi hint ni. Nau'zubillahi minzalik...

RINGKAS SAHAJA.

Ini adalah prion, struktur protein yang bukan DNA, dia lebih halus daripada DNA (Asid Deoksiribonukleik). Jadi, apa masalahnya dengan prion ini? Ha, prion inilah penyebab jangkitan kepada wabak kuku dan mulut pada haiwan ternakan. Sampai sekarang masih bingung, ini bukan virus, dan bukan bakteria. Macam mana nak guna ubat antivirus dan antibakteria? Tak boleh pakai...

Yang ini virus tersohor sepanjang zaman. HIV, sejenis retrovirus yang semua orang tahu. HIV tidak membawa penyakit, tetapi membinasakan benteng ketahanan badan kepada penyakit. Selepas HIV masuk membinasakan benteng imunisasi, penyakit-penyakit lain pun menyerang serentak, dengan pakej. Ubat kepada HIV? Ada...sekitar 1998 dulu. Nama ubat itu AZT. Namun AZT sudah kurang penggunaannya hari ini kerana HIV yang kita kenal hari ini sudah lali dan tahan kesan ubat AZT ini, carilah detail lagi tentang AZT. Manfaatkan Google di komputer anda. Buatlah "research", jangan "search" sahaja.