19 February 2011

Jangan Main Sapu aje!!

(Azizul copy dan paste artikel ini dari herbalis Bahrain, nama orang ye bukan nama negara)
Maka dalam artikel ini perkataan saya tak merujuk kepada putra-alkahfi mahupun zizularts, tapi penulis asal ni)...
Suatu ketika dulu saya memang suka makan Yong Tofu. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan semua lazat belaka. Maklumlah ia diperbuat dari tepung atau kanji yang ditambah dengan pelbagai jenis haiwan termasuk ikan, daging lembu, ayam, udang, ketam dan sotong.

14 February 2011

TOWOWO...

Azizul Shaharudin melaporkan di sini.
Satu hari selepas kerja lapangan untuk kursus etnobiologi, mewawancara penduduk Kampung Tikolod, dalam daerah Tambunan, melalui Jalan Garam yang digunakan generasi dahulu serta melakukan kerja-kerja ahli botani lakukan....sampling tumbuhan, dengan syarat; ambil spesimen yang ada bunga sahaja.

Gambar di atas itu adalah gambar satu tumbuhan yang tumbuh meliar di halaman rumah penduduk kampung. Orang sana sebut namanya, Towowo. Berbeza dengan kerja lapangan sebelum ini, metodologinya melibatkan wawancara dengan penduduk kampung, yang kebanyakannya orang Dusun beragama Kristian. Oh, saya nak cerita pasal Towowo serba sedikit. Ni tumbuhan herba yang orang sana guna untuk buat ubat buang angin, untuk perempuan yang bersalin, serta sebagai "pest control". Ini maklumat yang saya dapat daripada seorang informant berusia 64 tahun.

Jika kita fikirkan semua orang sana banyak pengetahuan tentang tumbuhan di sekitar mereka, anda silap. Bila diwawancara orang kampung berusia 30 hingga 48 tahun, pengetahuan mereka terhad pada pokok yang berbuah dan halia yang menjadi sumber rezeki mereka.

Selepas tamat hari pertama, saya balik ke tempat penginapan di Tondorosan dengan perkataan Towowo disimpan dalam memori. Dan pokok Towowo inilah yang mendapat perhatian pensyarah, Dr. Charles, mungkin kerana potensinya sebagai ubatan atau kemungkinan dia ni spesies yang tidak direkodkan lagi.

Sampainya saya di kampus, saya mula memikirkan bahawa, ahli akademik tidaklah pandai sangat, dan orang kampung bukannya bodoh betul. Jurang itu tidak besar mana pun. Mereka (orang kampung) ada pengetahuan tentang apa yang tumbuh di hutan dan apa yang ditanam di sekitar rumah mereka, dan mereka tahu kegunaan setiap satu daripadanya. Towowo, towowo, towowo....

Semoga towowo, daun wangian, bunga kantan tidak lenyap oleh pembangunan. Insya-Allah, pengetahuan penduduk kampung yang berharga ini moga digunakan dengan sebaiknya di tangan orang-orang baik (dan beriman).

10 February 2011

LET'S GO TO MASJID

Saya berpeluang juga untuk berjumpa karya yang saya suka dengannya. Untuk kali ini, saya memuatkan karya orang lain, yang lebih baik daripada saya. Mesej Islamnya terserlah dan gayanya benar-benar terasa seperti membaca manga. Oh ya, baca komik ni dari sebelah kanan ke kiri (ikut format manga).
Kredit kepada iekh-p3...

01 February 2011

KAHERAH dalam berita.

Dalam berita sudah disebut-sebut akan protes besar-besaran di Maidan At-Tahrir di Kaherah, Mesir. Allah, sungguh kebenaran berada di pihak yang ditindas. Mubarak dah terlalu lama mempermainkan rakyat Mesir, hidup selesa atas derita rakyatnya dan persekutuannya dengan Israel. Meneliti headlines dari agensi berita asing memang macam bias.
Tak malukah kerajaan Mesir, bila diceritakan yang polis dan tentera menembak rakyat sendiri? Pasti, cerita itu akan dipadamkan dari sejarah oleh orang zalim begini.
Rakyat Mesir sudah bangkit melawan dan menjatuhkan diktator. Selepas Tunisia, dan Mesir, adakah kita dapat melihat kebangkitan sama di negara kita? Saya tidak meminta kepada revolusi, saya mengharap kepada kesedaran yang timbul dalam jiwa rakyat Malaysia. Kitakan 1 Malaysia, boleh punya.

Atau, orang kita dah jatuh ke lembah kehinaan dek digula-gulakan oleh hiburan idola-idola ini? Cuba "Melodi" buat benda outside the box, cubalah tanya pada para artis perihal krisis di Kaherah? Atau tanyalah Ustaz Amirul TV3 tu. Ah, malunya... nanti jadi rancangan sitkom komedi pula bila buat wawancara tu.

Yeah, menuju puncak bersama-sama di Akademi Fantasia. Fantasize about it, because reality hurts, doesn't it?

SENI BINA YANG INDAH

Ciri utama seni bina Islam: Ruang antara lelaki dan perempuan diasingkan, kaligrafi tulisan ayat-ayat suci. Dan yang lain itu, para pembaca boleh tambah sendiri. Saya hargai idea daripada kalian semua. Oh ya, jika seni bina ini begitu indah, kenapalah ada orang boleh Islamophobic? Yang itu pun saya tak berani berteka-teki. Anda yang bijaksana boleh memberikan jawapannya.