28 January 2011

EXAM AFTERMATH

Anggaplah ini sambungan The One who Deserve "A". Klik untuk baca...Betapa Suhaila tidak sebut perkataan "kenapa" untuk mengelakkan rasa tersinggung pada adik lelakinya.
dediksai khas untuk mereka yang menunggu keputusan SPM

21 January 2011

PEDULISMA JAMIN MASA DEPAN GEMILANG

Petikan dari Malaysiakini
Surat oleh Mohd Firwan Norliza
15 Januari,2011
Gelombang kebangkitan golongan muda terhadap perkembangan negara dalam arena ekonomi, politik dan sosial mula tercetus semasa era reformasi pada tahun 1998.

Bermula era reformasi ini, masyarakat khususnya golongan anak muda mula celik dan sensitif dengan permasalahan dan isu-isu yang berlaku dalam negara.
Anak muda mula peduli dengan permasalahan negara dan mula merasakan mereka juga bertanggungjawab dan berperanan dalam memastikan kestabilan negara agar ianya terus dipertahankan.

19 January 2011

KHURAFAT....FILEM Kita lagi....

Baru-baru ni filem hantu terbaru ditayangkan lagi di pawagam. Tajuknya: KHURAFAT, arahan Syamsul Yusof (anak Yusof Haslam). Tiadalah aku melihat filem macam itu, tetapi kawan-kawan aku sudah menceritakan sinopsis pada aku. 


Khurafat adalah satu amalan akidah terpesong yang mengalihkan pergantungan manusia pada Allah, berubah pula kepada pergantungan makhluk kepada makhluk lain. Amalan khurafat mendedahkan kita kepada syirik, yakni menyekutukan ALLAH.

08 January 2011

ERIN = Eri's double

Oleh: Zizularts
Kembar seiras mengelirukan kita, menakjubkan kita dan menghiburkan hati kita (untuk kes Upin dan Ipin). Tapi lama-kelamaan mereka pasti nak jadi berbeza dan dikenali dengan identiti tersendiri. Eri punya kes macam itulah, berbeza bidang dengan kembarnya. Tapi jika bersama-sama mujahadah,bukankah mereka akan jadi dua kali ganda lebih kuat dan tabah?

Maka Erin ada sebagai cara saya untuk mencuba fikir bagaimana kembar bertindak, sebagaimana pasangan kembar berkongsi banyak rahsia sesama mereka. Apa pun, ini kisah pasangan kembar ini. Klik komik untuk baca. Ini komik saya yang paling panjang...

Persepsi yang tunggang terbalik

Bismillahir rahmanir rahiim. Saya nak tau, makhluk ini betul ke dipanggil paus pembunuh (killer whale)? Jika ya, macam mana dia dapat gelaran tu? Comel je saya tengok. Betul ke dia dapat gelaran macam tu? Pasal haiwan ini makan paus lain yang lemah lembut, makan anjing laut, makan penguin dan kadang-kadang beberapa spesies jerung?

07 January 2011

Nanti ERI....

Dulu Eri bermula-mula memesrai halaqah, akan datang giliran dia pula yang menjadi fasilitator kepada....saudaranya sendiri. Do you think she can handle the heat?