31 March 2011

ERIN_TOO GOOD TO BE TRUE


Alhamdulillah, akhirnya terbit juga komik baru ni...Karya ni saya usahakan selama 3 minggu....Tersangkut-sangkut kerana berperang dengan kemalasan diri. Selain itu, lamanya saya tidak berlatih mewarna komik 6 halaman dalam full color terasa menyeksakan.
Dah, saya tak patut cerita kesusahan saya dalam entri kali ini. Bukan mustahak pun.

20 March 2011

Air....


Esok 22 Mac 2011, adalah hari air sedunia. Sumber penting yang orang kita ambil secara semberono sahaja. Satu sumber yang kita "take for granted". Yalah, Malaysia ini negara yang banyak air, hujan banyak, sungai berlambak... Tapi apalah gunanya banyak air jika air banyak yang tercemar. Kita mesti tidak mahukan sungai, kolam dan tasik ada kualiti air seteruk Sungai Klang.

Duhai, bila ada manusia beriman alam pun akan aman. Tapi tidak, orang Islam sekarang ikut mentaliti Imperialis. Mana tidak, ditarahnya alam seolah bumi ini tidak akan kehabisan sumber.
Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia adalah sebahagian daripada kaum itu, mungkin ada yang menghadam terjemahan hadis ini. Dalam penggunaan sumber, kita tidak Islamik di situ. Sebab "take it for granted" yang disebut awal tulisan ini.

Saya menulis ini sejak terdengarnya khutbah Jumaat lepas berkenaan air. Air itu sumber yang dihargai dalam Islam. Kita mandi junub dengan air, kita berwuduk dengan air, dan kita bersuci dengan air. Saya hanya boleh menimbulkan hal ini, agar kalian "tahu". Seterusnya, "mahu" dan peringkat "mampu" itu kalian usahakan sendiri.

15 March 2011

BOTOL SUSU BISHPENOL A: Diharamkan


Jangan risau, ini bukan fatwa oleh mufti atau Majlis Fatwa Kebangsaan. Ianya hanya amaran oleh Kementerian Kesihatan. Dan amaran tersebut munasabah. Maka seperti kata Wali Band yang saya dah ubah suai,
Ibu-ibu, bapa-bapa, siapa yang punya anak hisap botol susu, bilang aku..aku yang sudah tahu, belilah botol susu yang free BPA. (Bishpenol A).

Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

14 March 2011

KEBIMBANGAN RADIASI MENULAR DI GEBENG

Malaysiakini, 9 MAC.


Pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, menurut laporan akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT).

Menurut beberapa pakar yang dipetik dalam laporan itu, kebimbangan mula timbul berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek itu beroperasi.

Pusat penapiasan bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Mereka akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.

Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980an.

NYT memetik pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan sebagai berkata kelulusan diberikan kepada projek Lynas selepas melalui penilaian oleh pelbagai agensi kerajaan.

Katanya, bijih yang diimport dan sisa tanah itu akan mempunyai tahap radiasi yang rendah dan mampu dikendalikan dengan selamat.

“Kami telah mempunyai pengalaman dan tiada sesiapa yang akan diberikan sebarang kebebasan,” kata Raja Adnan yang merujuk kepada Bukit Merah.

Namun bagi seorang pengamal perubatan dan ahli toksilogi, Dr Jayabalan A Thambyappa, yang pernah merawat beberapa pesakit di Bukit Merah, beliau kurang yakin dengan kenyataan itu.

“Perkataan 'rendah' adalah semata-mata persepsi - ia adalah karsinogen,” katanya kepada NYT.

Di sebalik kebimbangan itu, kerajaan Malaysia cukup cenderung agar pusat pemprsosesan Lynas itu dibina dan telah menawarkan taraf perintis selama 12 tahun.
( daripada bagi link, bagus lagi saya reblog berita ni)

10 March 2011

GEBENG BAKAL JADI....


Ini baru berita yang "ura-ura" sahaja. Selain Semambu di Kuantan, Gebeng juga adalah kawasan industri bagi negeri Pahang, tempar asal saya. Jika benar dia akan jadi pusat pemprosesan tanah jarang terbesar di dunia, kita patut bangga kan? Tapi macam mana kalau ada harga yang terlalu tinggi yang kita terpaksa bayar untuk dapat rekod "terbesar" itu?

Dan yang peliknya, kenapa agensi berita asing yang melaporkan ini? Jika ada agensi asing yang melaporkan tentang ini, mestilah bangga sekejap. "Yang terbesar di dunia tu"... Tapi tidak, ada risiko pada benda ini, seperti mana pembinaan reaktor nuklear di Malaysia.

Bahkan ada kebimbangan pada radiasi akan berlaku di Gebeng. Klik kat sini untuk baca berita dia.

Oh, jika agensi berita asing yang melaporkannya, saya lagi rasa was-was. Tolak ketepi bau-bau konspirasi, saya nak orang negeri saya selamat...Sebagai mana saya mengharapkan daerah Pekan tidak lagi dilanda banjir.

Yang benar dan adil berada di pihak yang ditindas....PASTI ISRAEL BUKANNYA YANG PALING BENAR.

07 March 2011

DEUS EX MACHINA
















Terma deus ex machina ini berasal dari perkataan Latin yang bunyinya macam ini "Tuhan yang dilahirkan oleh mesin", atau dalam bahasa Inggeris yang orang Kuala Lumpur banggakan sangat tu, " god out of the machine". Well, you know me.