22 November 2010

YONKOMA: Suhaila, Izati, dan aiskrim

Azizul dulu pun macam itu dahulu, mungkin masih ada perangai macam Suhaila ni. Bila makan, dah tak ingat orang lain. Menerima teguran itu lumrah, dan kena beringat pada diri...bahawa kanak-kanak perlu didengar pendapat mereka. Mengaku silap sendiri, dan menerima kata-kata orang yang lebih muda. Bukan ke itu kualiti pendakwah? Kualiti ibu bapa yang baik? Siapa yang menulis ini? Azizul juga...

BEGINI SEPATUTNYA ORANG BALIK DARI HAJI

Tatkala ada kalangan kita diberi peluang oleh ALLAH untuk mengerjakan haji, buatlah sehabis baik. Mabruk atau tidak keputusannya dilihat selepas kembali ke tanah air. Bahkan di majalah hiburan pun ada hightlight pasal artis pergi haji. Perasaan mereka semasa melihat Kaabah, rasa insaf depan makam Rasulullah. Kemudian mereka bergaul bebas kembali, aurat terdedah kembali. Suruh berhijab, nanti orang kata tak ikhlas...Ahli politik dan ahli prniagaan pun sepatutnya berusaha bebas dari rasuah selepas pulang dari haji, tapi insafnya waktu di Tanah Suci, bila di tanah air perangai buruk kembali. Makan suap juga...

Haji seolah-olah seperti pasport untuk terus berdosa, dengan anggapan bahawa cukuplah fadilat dan pahala yang mereka kutip di Tanah Suci. Itu mereka, yang silap dang tertipu dengan ibadat sendiri.

Oh, tajuk di atas tiada kaitan dengan orang-orang yang belum betul-betul insaf lagi. Orang berikut yang kita patut contohi sebagai orang yang dah bergelar haji, atau hajah. Malcolm X mengubah pandangan radikalnya selepas bersama-sama bangsa lain dari seluruh sudut bumi Allah ketika haji. Baliknya beliau ke Harlem, Malcolm X memperjuangkan kesatuan Manusia apabila menyembah Tuhan yang Satu. Beliau gigih berjuang, selepas pengalaman makan sepinggan, minum setalam tidur setempat bersama orang kulit putih yang dibencinya dahulu.

Yang kedua, orang Yahudi Austria (sekarang jadi Poland) bernama Leopold Weiss. Selepas revert kepada Islam (istilah sesuai daripada convert kerana Islam agama fitrah), namanya Muhammad Asad. Beliau banyak mengembara ke serata Timur Tengah, menemui satu fakta bahawa bahasa Arab Badwi tidak banyak beza dengan Bahasa Al-Quran dan bahasa pertuturan zaman Rasulullah. Bayangkan Bahasa Arab kekal asli lebih 14 kurun. Buku biografinya "The Road to Mecca" banyak menggambarkan kembara rohani beliau menuju ke Tuhan yang selayaknya disembah, dan mengusahakan terjemahan Sahih Bukhari dan Al-Quran ke Bahasa Inggeris. Dan pada 92, Muhammad Asad menghembuskan nafas terakhirnya pada umur 92 tahun (maksudnya lahir pada 1900).

Di Malaysia, kita juga ada figur begini. Berubah total sekembalinya dari haji. Mungkin ada lagi orang lain, namun nama ini yang saya kenal dan saya baca bukunya. Prof Muhd Kamil Ibrahim, kelahiran Besut. Beliau memang dari dulu baik pekertinya, cuma ibadatnya so-so sahaja, pakai seluar pendek semasa ke shopping complex. Ditakdirkan Allah, beliau dapat giliran pergi haji. Itu satu anugerah, namun kerisauan pula yang timbul. Beliau tersangkut-sangkut membaca Quran. Hanya surah pendek sahaja yang dihafalnya. Isteri beliau mendorong untuk belajar dan menunaikan haji seikhlas mungkin. Ah, panjangnya summary penulis ini. Sekembalinya dari haji, dengan jawatan Prof dan pengarah kampus Uitm di Johor, beliau mula bersungguh menanamkan rasa bertuhan kepada pelajar dan staf di sana. Dengar cerita saya tidak mencukupi. Bacalah buku tulisan beliau sendiri, Travelog Haji dan Travelog Dakwah. Macam mana seorang Profesor yang tersangkut bacaan Qurannya dulu berani menulis pasal dakwah-dakwah ini, ada dalam tajuk buku yang saya sarankan tadi.


Pastinya mereka hebat-hebat belaka kerana haji itu kembara rohani, mengubah jiwa, nama (optional bagi Malcolm X dan Weiss), dan mengubah pandangan mereka tentang kehidupan. Besar bezanya, antara membina hidup dan membina kehidupan. Begitulah sepatutnya al-hajj yang betul-betul haji, mereka memperjuangkan pula mesej Kesatuan Manusia kerana Tuhan Yang Satu. Tanpa perlu cerita-cerita ghaib, kisah orang hilang dalam masjid, atau kembara dengan jin Islam. Islam itu boleh dibuktikan dengan reasoning.
Harapnya tuan punya blog dan admin juga bersama pengunjung mengikuti jejak mereka.Ameen.

Eh, takde pula gambar Prof Kamil ni. Minta maaf, dan terima kasih daun keladi kerana membaca tulisan biasa ini.

08 November 2010

1 JUTA hp

Setidak-tidaknya sebuah tamadun akan diwakili oleh satu buah buku. Tamadun Mesopotamia dengan Epik Gilgamesh, Tamadun Indus dengan Kitab Vedanya, Tamadun China dengan kitab Confucius dan Taoisme, sedang Tamadun Islam dengan banyak kitab karangan ilmuan Islam dengan terasnya; Quran, Sunnah ikutan sahabat dan keluarga baginda Rasulullah s.a.w. Tamadun Melayu; Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu.

Sebuah komik untuk cerita tentang buku dan komik, sambil mengimbau kenangan manis Pendekar Laut dan Azizul, tidaklah sampai sayang menyayang betapa perasaan kerap menjadi rindu.

Bermesralah dengan buku, tapi jangan abaikan guru. Lagi satu jangan selalu syahdu berlagu sepasang sayap tak terlihat, umpama mimpi yang tersimpan,jadi rintik rintik hujan, menciptakan awan yang terpilu....

07 November 2010

4 PETAK MEMORI ERI

 Sekali lagi, Eri atau nama penuhnya Diana Ariel bercerita tentang masa silamnya...dalam komik Yonkoma ni.Ujian akan terus ada, sebelum ,semasa dan selepas memilih jalan ke arah kebaikan. Agik idup agik ngelaban: Selagi hidup, selagi itu kita berjuang. Itu kata-kata dari Libau, atau nama masyhurnya Rentap pahlawan Sarawak.

05 November 2010

Malcolm X:JASADNYA MATI, PERJUANGANNYA HIDUP

Bila disebut Amerika, orang Amerika, atau Americans...Kita terbayangkan mereka yang maju material, perangai senonoh tiada dalam hidup orang Amerika. Sampai ada quote ini: sebesar-besar taghut adalah Amerika. Tapi akhirnya saya ditemukan dengan satu kisah tokoh Muslim Amerika yang gigih dengan mesej perjuangannya.

Itu Malcolm X. Dan ini mesejnya selepas kembara rohani di Tanah Haram:" Saya bukan rasis dalam apa bentuk sekali pun. Saya juga tidak percayakan sebarang diskriminasi dan perbezaan. Yang saya percayakan hanyalah Islam."

Sedari kecil sebagai Malcolm Little yang memberontak, membesar menjadi kaki pukul, kemudian dipenjara. Kemudian bertukar identiti ke Malcolm X setelah bertemu dengan Elijah Muhammad, Presiden Nation of Islam.

Sebagai Malcolm X, meskipun Islamnya sudah disaksikan beliau lantang menyatakan pendapat radikalnya pada orang kulit putih, hingga menggelar mereka "syaitan". Sepanjang keberadaan beliau dalam Nation of Islam, Malcolm X seperti "anti kulit putih".

Namun, takdir Allah jua lebih berkuasa. Selepas menunaikan haji (di Mekah tentunya) pada 13 April 1964, pandangan radikal Malcolm X berubah 360 darjah, apabila beliau makan bersama, minum bersama, bahkan berihram bersama golongan yang digelarnya syaitan dahulu.

Usai kepulangannya dengan pendirian baharu dengan nama baru yakni El-Hajj Malik Asy-Syabaz, beliau memperjuangkan isu yang lebih besar daripada kisah penindasan kepada golongan Afro (African American) ini. Beliau membawa mesej, jika manusia boleh menyembah Yang Satu, tentulah di situ manusia boleh Bersatu.
Perubahan ini membuatkan ramai orang dari Nation of Islam dan wartawan kulit putih tercengang.

Perjuangan yang murni tentu sahih sucinya apabila ada penentangan, dan hayat Malik Sy-Syabaz di dunia tamat pada 21 Februari 1965. Beliau ditembak mati oleh tiga lelaki Negro, sebelum bersiap untuk berucap di Hotel New York. Dan kisah hidup Malik Asy-Syabaz menjadi inspirasi kepada rakyat Amerika dalam banyak sudut, yang mencetuskan Wallace Muhammad, anak Elijah Muhammad untuk mengembalikan ahli Nation of Islam kepada ajaran Islam yang asal.

Allah, begitu besar jasa tokoh ini. Dibandingkan kita dengan tokoh ini yang seharian menghadapi karenah bukan-bukan oleh rakyat Amerika dan kerajaannya, jauhnya amat jelas sekali. Justeru, mari kita bersama dengan Muslim Amerika untuk mencintai Islam dan menegakkan kebenaran. Allahu Akbar!

04 November 2010

ONCE UPON A TIME IN RAFAH