Eh, tiba-tiba ada komik berwarna.Saya tampilkan kelainan sedikit, kerana kelainan boleh elakkan kebosanan.
Meskipun dah nak habis bulan Ramadan ni, komik ni saya tetap tampilkan juga setelah meneliti idea kawan-kawan di facebook...Pasal puasa, spesifiknya buka puasa...Buka puasa itu ada berkatnya...Moga sahur,puasa, dan buka puasa kita dalam rahmat Allah. Bacalah gelagat budak kecil Izati dan Suhaila,in full-color.
28 August 2010
IZATI_BUKA PUASA
24 August 2010
THE MOON AND HER SON
Kisah yang diubah suai oleh cerita Azizul Shaharudin. Kenapa tajuknya the Moon and her Son? Sebab nama watak dia ialah Kamariah, yang bermaksud bulan. dan diriwayatkan oleh anaknya. Harap baca komik panjang ni dengan senang hati...
Folder
cerita
22 August 2010
THE VERY SAME PATTERN HUMAN BEINGS FOLLOW.
Filem The Matrix arahan adik beradik Wachowski (salah eja) telah membawa inovasi kepada visual perfileman...Ingat babak bullet time, babak Neo mengelak peluru daripada Agent? Ya...hanya itu sahaja yang menjadikan filem itu seronok ditonton (oleh saya).
Namun selepas meneliti beberapa dialog, dialog ini yang paling saya ingat hampir kesemuanya. Perbualan Agent Smith dan Morpheus ketika dalam tahanan.
I'd like to share a revelation I've had during my time here. It came to me when I tried to classify your species. I realized that you're not actually mammals. Every mammal on this planet instinctively develops a natural equilibrium with their surrounding environment, but you humans do not. You move to an area, and you multiply, and you multiply, until every natural resource is consumed. The only way you can survive is to spread to another area. There is another organism on this planet that follows the same pattern. Do you know what it is? A virus. Human beings are a disease, a cancer of this planet. You are a plague, and we … are the cure.
Ya, manusia mempunyai potensi yang membinasa. Membinasa alam, membinasa makhluk Allah yang lain, dan membinasa tamadun sendiri. Ibnu Khaldun pernah menekankan aspek akhlak dalam tamadun. Musnahnya tamadun bukan kerana bencana alam tetapi kerana rosak moral. Tamadun Rom adalah contoh yang paling jelas.ALLAH juga ketika mula mencipta Adam, para malaikat khuatir akan bangsa yang akan berbuat kerosakan. Namun ALLAH lebih mengetahui.
Di sebalik potensi memusnah itu, manusia juga memiliki potensi hebat dalam pembangunan dan kasih sayang. Ya, kasih sayang yang kita inginkan. Ibu mengandungkan anaknya dengan kasih sayang, Bapa membesarkan anak dengan kasih sayang. Apa namanya itu? Kita adalah makhluk yang diberi hak untuk memilih. Kita boleh sahaja menjejak langkah virus, merosakkan tempat tumpang. Kita juga boleh mengikut corak antibodi, melindung tempat tinggal.
Filem trilogi The Matrix jelas memaparkan tema kebebasan. Namun kebebasan itu hendaklah ada terasnya. Terasnya adalah kepercayaan kepada Allah jua. Semoga kebebasan yang kita miliki ini dipandu oleh akidah kita yang murni. Jangan ikut jejak langkah Agent Smith. Dia mengatakan yang ironi, menghukum manusia sebagai virus planet, sedang dirinya berganda dalam sistem The Matrix dan melumpuhkannya (dalam The Matrix Reloaded). Moderate kata orang dalam berkata-kata,adalah peringatan kepada diri sendiri juga. Wallahualam.
(nota: Saya di sini sekali lagi adalah zizularts)

Tazkirah/ceramah
18 August 2010
IZATI: KANAK-KANAK CERGAS
Surau Nur E-Man dan Rosdeana pernah siarkan komik strip ni dalam blog masing-masing. Saya ulang tayang sekali lagi...sekuel pada Life Still Goes On. Gelagat adik Suhaila dalam beribadat.Bukan dia tak mahu, tapi perangainya memeningkan si along, Suhaila.Bersyukurlah anda ada adik macam ni.
Folder
kekeluargaan,
Tarbiyah
12 August 2010
LIFE STILL GOES ON
Comic attack! Jika dulu Suhaila dalam dilema antara keluarga dan tarbiyah (life Goes On), kini Suhaila mahu pula menyampaikan dakwah pada keluarga sendiri. Pertama, pada kanak-kanak 6 tahun macam Izati. Izati yang pandai memujuk, meng"auta" dan comel.
Budak-budak amat imaginatif.namun kurang ekspresif seperti orang dewasa.harap kita hargai kejujuran
mereka.dan impian mereka, berlandaskan syariahlah tentunya.
Folder
kekeluargaan,
Tarbiyah
11 August 2010
DODOL DENGAN MUHIBAH
Sempena dengan Ramadan 1431,bulan keberkatan dan bulan makan (bagi orang kita),maka saya bawakan satu cerita adaptasi longgar dari Novel Ketupat Cinta oleh Faisal Tehrani. Dalam makan itu kena tau juga sejarah makan dan nilai akhlak di sebalik hidangan yang kita santap tu.
Siapakah saya di sini? Saya: Azizul Shaharudin atau zizularts yang membantu putra-alkahfi dalam post beliau sebelum ni. Dia mahukan laman ni tidak bersawang lama, maka ini usaha kecil saya.Saya tidak kata saya lebih baik daripada Putra-alkahfi,yang pasti cara kami berbeza. Salam Ramadan, dan berhati-hati ketika berbuka puasa!
Subscribe to:
Posts (Atom)